GAMING | ESUKAN Dota 2 Reality Rift bubar, tiada sokongan dari Valve dan masalah...

Reality Rift bubar, tiada sokongan dari Valve dan masalah kewangan

-

[#Dota2] Ketua Pegawai Eksekutif organisasi esukan Reality Rift umum bubar pasukan profesional Dota 2 sebentar tadi di laman sosial media mereka.

Reality Rift bubar
Reality Rift Dibubarkan, umum CEO Ilya Vlasov sebentar tadi.

Ilya Vlasov yang juga merupakan Co-Founder organisasi esukan Reality Rift tersebut umum bubar pasukan profesional Dota 2 mereka namun masih lagi bergiat aktif di dalam esukan lain seperti Valorant.

Dear Reality Rift fam! We're having some news of great importance for you today. It's a personal word from Ilya Vlasov,…

Posted by Reality Rift Dota2 on Selasa, 1 September 2020

Ilya berkata didalam petikan kenyataan beliau, terdapat beberapa perkara yang menjurus kepada keputusan mereka untuk membubarkan pasukan Dota 2 mereka. Antaranya adalah kerana kualiti pengurusan esukan dari pihak Valve.

Valve yang juga merupakan pembangun esukan Dota 2 sebelum ini menerima kritikan dari pelbagai pihak khususnya dari komuniti Dota 2 China dimana mereka mengatakan bahawa Valve seperti tidak mengambil berat tentang masa depan esukan Dota 2 itu sendiri.

Kurang berkomunikasi diantara pasukan dengan Valve diantara punca utama pasukan dan organisasi seluruh dunia seperti tergantung dan tiada arah tentang info kejohanan The International dan juga mata DPC.

Pasukan dan organisasi esukan Dota 2 kini banyak bergantung kepada ‘third party organization’ untuk kejohanan esukan seperti ONE Esports, ESL, WePlay Beyond The Summit dan lain-lain.

Antara sebab lain Reality Rift Dota 2 dibubarkan adalah kerana kekangan kewangan yang dihadapi organisasi tersebut akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Reality Rift mempunyai sebuah Arena dimana sebahagian besar pendapatan mereka berasal daripada itu. Tidak beroperasi hampir 4 bulan membuatkan pendapatan organisasi tersebut terjejas dan tidak dapat meneruskan sokongan kepada pasukan profesional Dota 2 mereka.

Terdapat beberapa sebab yang lain seperti masalah pergerakan diantara pemain dimana HQ Reality Rift berada di Singapura dan pasukan berada di Malaysia yang mana pengurusan berada di merata dunia.

Reality Rift akan kembali pada tahun 2021 mengikut petikan kenyataan Ilya dimana Nutz dan KYXY menjadi Free agent. Hustla dan Alacrity kekal bersama dengan Reality Rift kerana masih ada kontrak.

Sumber: Ilya Vlasov Twitter

#RealityRift #RR #Dota2Sea #SEADota #KYXY #Alacrity

Jangan lupa Support Page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content menarik!

Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September 2022.

OGA Dota Pit, Tundra Esports – PSGLGD kembali berentap

OGA Dota Pit Invitational kembali dimana peminat Dota 2 bakal melihat pertembungan sekali lagi diantara Tundra Esports dan PSGLGD.

Tundra Esports juara ESL One Fall 2021, PSGLGD tumbang

Tundra Esports julang kejuaraan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition selepas kalahkan PSGLGD 3-2 di pentas akhir awal pagi tadi.

ESL One, Alliance tersingkir, tumbang di tangan T1

[#Dota2] Alliance tumbang 2-1 di tangan T1 dan tersingkir dari kejohanan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you