GAMING | ESUKAN Dota 2 Reality Rift guna khidmat Ahjit untuk OMEGA League

Reality Rift guna khidmat Ahjit untuk OMEGA League

-

[#Dota2] Selepas seminggu umum pelepasan Andrew “Drew” Halim, Reality Rift umum kemasukan Lai “Ahjit” Jay Son sebagai StandIn untuk kejohanan OMEGA League.

Ahjit Reality Rift
Ahjit akan sertai Reality Rift sebagai StandIN untuk OMEGA League. Foto Reality Rift

Reality Rift ditubuhkan oleh dua warga Rusia iaitu Ilya Vlasov dan juga Ilya Slavin yang sudah lama menetap di Singapura. Minat yang sama bersama dengan pemain posisi 5 pasukan berkenaan Wong “NutZ” Jeng Yih, mereka bersama tubuh pasukan pertama Dota 2 Reality Rift.

Minggu lepas, Reality Rift umum perpisahan dengan pemain posisi satu mereka iaitu Drew. Keputusan itu dibuat bagi mengubah posisi Reality Rift yang memerlukan perubahan supaya pasukan tersebut semakin baik di pentas Dota 2 SEA.

Ahjit yang bukan lagi nama yang perlu diperkenalkan akan hadir ke Reality Rift sebagai StandIN menggantikan tempat Drew di posisi satu. Ahjit sebelum ini bermain untuk pasukan LGD.International yang berkhidmat dibawah bendera LGD Gaming China.

LGD Gaming buka sayap pasukan Dota 2 ke rantau SEA untuk mencuba pentas profesional Dota 2 disini namun agak sukar untuk bersinar. Pasukan seperti FNATIC, TNC Predator, Geek Fam dan Boom Esports yang sering habiskan kejohanan anjuran di 4 teratas membuatkan mereka terpaksa berpecah.

Ahjit juga dapat bermain dengan pasukan utama LGD Gaming iaitu PSG.LGD menggantikan AME namun berikutan masalah dalaman, Ahjit dikeluarkan sebelum sempat hadir ke kejohanan yang ada.

Kini Ahjit sertai pasukan Reality Rift dan mereka akan bermain di kejohanan terbesar Dota 2 anjuran EPICENTER dan juga kumpulan organisasi esukan Eropah – The OMEGA League.

Roster penuh Reality Rift:

  • Lai “Ahjit” Jay (stand-in)
  • Vincent “AlaCrity” Hiew Teck Yoong
  • Lee “kYxY” Kong Yang
  • Ravdan “Hustla” Narmandakh
  • Wong “NutZ” Jeng Yih

Sumber: Reality Rift Social Media

#RealityRift #OmegaLeague #Ahjit #Drew #SEADota #LGDInternational #RR

Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Reality Rift guna khidmat Ahjit untuk OMEGA League

Selepas seminggu umum pelepasan Andrew "Drew" Halim, Reality Rift umum kemasukan Lai "Ahjit" Jay Son sebagai StandIn untuk kejohanan OMEGA League.

Tanpa KuroKy, Nigma Juara OGA Dota Pit tumbangkan Alliance

[#Dota2] OGA Dota Pit melabuhkan tirai semalam dimana Team Nigma dijulang sebagai juara selepas tumbangkan pasukan lawan Alliance 3-2 di pentas akhir.

Pemain pertama roster Dota 2 T1 – Forev berpisah

[#Dota2] Organisasi esukan gergasi Korea Selatan - T1 umum berpisah dengan pemain pertama yang menganggotai roster Dota 2 mereka iaitu Forev.

Pieliedie, Misery tubuh pasukan bersama bekas pemain OG.Seed

[#Dota2] Pemain veteran Dota 2, Pieliedie dan Misery tubuh pasukan baru bersama dengan bekas pemain dari Cloud9 dan juga OG.Seed.

Team Secret MY, Yoodo Gank layak ke Super Weekend 3 PMWL

Team Secret MY dan juga Yoodo Gank berjaya melayakkan diri ke liga Super Weekend 3 PMWL selepas tamat pusingan League Stage terakhir semalam.

Terputus bekalan elektrik, Vikin.gg tersingkir-Dota Pit

Salah seorang pemain Vikin.gg mengalami masalah bekalan elektrik membuatkan pasukan berkenaan tersingkir dari kejohanan OGA Dota Pit semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you