News Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun...

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

-

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.
Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift. FOTO: LOL Esports

VALORANT

Bandar Berlin bakal menjadi tuan rumah untuk kejohanan rasmi Valorant Masters 3 yang dijangka akan berlangsung awal September nanti.

Perkara itu diumumkan dalam satu video acahan berdurasi 1 minit yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi Valorant Champions Tour (VCT).

Berlin bakal menjadi destinasi kedua untuk siri jelajah dunia Valorant selepas ibu negara Iceland iaitu Rejkyavik yang menjadi tuan rumah Valorant Masters 2 penghujung bulan ini.

Riot Games memilih Verti Music Hall sebagai arena pertandingan dan kehadiran penonton masih dalam sesi perbincangan melihat kepada program vaksinasi global ketika ini.

Syarikat pengeluar barangan komputer, Hyper X bakal menjadi penaja terbaru kejohanan tersebut.

LEAGUE OF LEGENDS

Kejohanan pertengahan musim, Mid-Season Invitational 2021 di Reykjavik, Iceland bakal bermula hari ini.

Pertandingan yang menampilkan 15 pasukan terbaik dunia itu dijangka akan mempamerkan aksi-aksi yang menarik.

Kejohanan ini akan menggunakan format berperingkat yang unik di mana mereka akan bermula di saingan peringkat kumpulan dan seterusnya ke saingan liga.

Hanya 4 pasukan sahaja akan layak ke saingan kalah mati di mana format Best of 5 akan digunakan sebelum kita mengetahui siapakah finalis untuk kejohanan kali ini.

LEAGUE OF LEGENDS: WILD RIFT

Kejohanan antarabangsa pertama League of Legends: Wild Rift akan berlangsung pada musim panas nanti.

Pusingan kelayakan akan berlangsung dalam satu pertandingan khas melibatkan beberapa benua dan negara yang akan bertanding dan info lanjut mengenai kejohanan ini akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sumber: Valorant Champions Tour & LOL Esports

#ValorantMasters #MSI2021 #WildRift

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September 2022.

OGA Dota Pit, Tundra Esports – PSGLGD kembali berentap

OGA Dota Pit Invitational kembali dimana peminat Dota 2 bakal melihat pertembungan sekali lagi diantara Tundra Esports dan PSGLGD.

Tundra Esports juara ESL One Fall 2021, PSGLGD tumbang

Tundra Esports julang kejuaraan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition selepas kalahkan PSGLGD 3-2 di pentas akhir awal pagi tadi.

ESL One, Alliance tersingkir, tumbang di tangan T1

[#Dota2] Alliance tumbang 2-1 di tangan T1 dan tersingkir dari kejohanan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you