[#DOTA2] Ketua Pegawai Strategi Alliance, Kelly “kellymilkies” Ong telah memberitahu secara terbuka berkenaan perbincangan beliau bersama Aliwi “w33” Omar.

Sebelum bermulanya saingan DOTA 2 Pro Circuit (DPC) musim pertama 2022, organisasi e-sukan tersebut telah membuat rundingan untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Team Liquid dan Nigma Galaxy itu.
To set the record straight w33 is an amazing player but as rumors have been true – he is religious & is against betting sponsors. VBET are huge Dota fans & fund a majority of our dota2 salaries. We can’t do our sponsors dirty like that.
They barely ask for any in return already.— Kelly (@kellymilkies) January 23, 2022
Menerusi satu kicauan yang dibuat oleh Kelly Ong berkata disebabkan pegangan agama W33, tawaran Alliance telah ditolak kerana beliau tidak mahu menyertai mana-mana pasukan yang ditaja oleh syarikat perjudian dalam talian.
Walaupun Pihak Alliance mahu memberikan sedikit keistimewaan kepada beliau antaranya memberikan jersi tanpa sebarang logo penaja, namun rundingan tersebut masih gagal.
Oleh disebabkan itu, pasukan dari Sweden itu berpaling arah kepada seorang lagi pemain lorong tengah yang kini telah menjadi sebahagian daripada mereka iaitu Ondrej “Supream^” Starha.
Keputusan yang tidak memberangsangkan pada musim pertama ini telah memaksa Ketua Pegawai Eksekutif, Jonathan “Loda” Berg untuk merancang sesuatu yang baru buat pasukan DOTA 2 Alliance.
Sumber: Twitter
#w33 #Alliance #LongLiveAlliance
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!