[#CSGO] Aleksandr “s1mple” Kostyliev dinobatkan sebagai pemain CS:GO terbaik dunia bagi tahun 2021 yang baru saja tamat dan ini merupakan gelaran yang kedua buatnya semenjak 2018.
Beliau menewaskan 2 lagi pemain yang merupakan pencabar terdekatnya iaitu Mathieu “ZywOo” Herbaut dan Nikola “NiKo” Kovac masing-masing di tangga kedua dan ketiga.
With some of the highest peaks of all time and an unrivaled level in nearly every facet of the game, @s1mpleO earned the #1 spot in the Top 20 players of 2021 ranking
Powered by @ggbet_en pic.twitter.com/MESOuAcZxh
— HLTV.org (@HLTVorg) January 22, 2022
Dalam ranking yang dikeluarkan oleh HLTV itu, S1mple diletakkan ditangga teratas selepas berjaya membantu Natus Vincere memenangi beberapa kejohanan utama tahun lalu terutama PGL Major Stockholm.
Beliau juga berkedudukan teratas dalam kategori rating, kills per round dan average damage per round selain merupakan pemain yang mempunyai impak paling tinggi dalam permainan.
Rekod 8 MVP kejohanan pada tahun lalu juga telah memecahkan rekod 8 tahun yang sebelum ini dipegang oleh Christopher “GeT_RiGhT” Alesund ketika menjadi suatu fenomena sekitar tahun 2013.
Maka tidak hairanlah mengapa S1mple boleh diangkat selaku antara pemain terbaik sepanjang zaman biarpun umurnya baru sahaja mencecah 24 tahun.
Selain beliau, Denis “electroNic” Sharipov dan Valerii “b1t” Vakhovskyi juga antara pemain Natus Vincere yang tersenarai dalam 10 pemain terbaik tahunan.
Sumber: HLTV
#Top20CSGO #S1mple #NAVINATION #NAVI
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!