GAMING | ESUKAN Dota 2 SEAMonkeys | MidOne, Ninjaboogie cipta pasukan baru bersama pemain...

SEAMonkeys | MidOne, Ninjaboogie cipta pasukan baru bersama pemain DotaHero

-

[#Dota2] Midone, Ninjaboogie bersama dengan dua pemain DotaHero Zeal dan Chidori akan sertai pusingan kelayakan Leipzig Major dengan pasukan baru – SEAMonkeys.

MidOne dan Ninjaboogie bersama dua pemain DotaHero tubuh SEAMonkeys

Yeik “MidOne” Nai Zheng cipta pasukan SEAMonkeys bersama dengan bekas kapten pasukan Mineski Michael “ninjaboogie” Ross Jr. bersama dengan dua pemain pasukan Dota Hero iaitu Lee “Chidori” Jia He dan Nicholas “zeal” Lim hadapi pusingan kelayakan Leipzig Major.

Roster Terkini SEAMonkeys:

  • Nicholas “Zeal” Lim
  • Lim “Chidori~” Jia He
  • MidOne
  • ninjaboogie
  • Ooi “KennyO” Yew Kah

Midone yang tidak asing lagi didalam dunia Dota 2 keluar dari pasukan Team Secret ciptaan Clement “Puppey” Ivanov yang juga merupakan kapten pasukan selepas tamat The International 9 tempoh hari. Pengumuman yang dibuat oleh kedua belah pihak tersebut dikatakan kerana MidOne ingin berehat seketika dari pentas profesional/kompetitif Dota 2.

SEAMonkeys foto Valve Major Registration

NinjaBoogie yang juga merupakan kapten pasukan Mineski itu tumpas ditangan Team Secret di kejohanan The International 9 itu kini bersatu dengan MidOne untuk pasukan SEAMonkeys. Dua pemain pasukan DotaHero iaitu Zeal dan juga Chidori juga dilihat akan bersama dengan pasukan SEAMonkeys masuki pusingan kelayakan Leipzig Major.

DotaHero merupakan pasukan Dota 2 yang tidak kurang hebatnya di Malaysia dimana mereka baru-baru ini dapat tempat ke-empat untuk Asia Pacific Predator League 2020 Malaysia yang dijuarai oleh pasukan Flower Gaming. Sebelum itu, DotaHero juga sertai Selangor Cyber Games dimana mereka mendapat tempat kedua kerana kalah dengan pasukan juara yang juga Flower Gaming. Pemain berpengalaman tinggi seperti DDZ, Lance dan juga Mozun antara tulang belakang Flower Gaming. 

KennyO pula merupakan pemain baru di pentas kompetitif Dota 2 dan dilaporkan merupakan antara kawab baik MidOne itu sendiri.

Semoga berjaya SEAMonkeys untuk masa akan datang.

Sumber: Facebook MidOne

#MidOne #Ninjaboogie #SEAMonkeys #TeamSecret #Mineski #DPC #DotaHero #LeipzigMajor #Dota2News #Dota2Roster #Dreamleague13 #DreamLeagueMajor

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk lberita terkini dan juga content menarik.

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

SEAMonkeys | MidOne, Ninjaboogie cipta pasukan baru bersama pemain DotaHero

Midone, Ninjaboogie bersama dengan dua pemain DotaHero Zeal dan Chidori akan sertai pusingan kelayakan Leipzig Major dengan pasukan baru - SEAMonkeys.

Penantian berakhir, Kuroky kini kembali sebagai Nigma Esports

Juara The International 7, Kuroky kembali ke pentas profesional Dota 2 untuk musim baru DPC 2019-2020 sebagai Nigma Esports.

Gen G Esports julang juara dunia PUBG Global Championship 2019

[#PUBG] Gen G Esports dijulang sebagai juara dunia PUBG apabila memenangi kejohanan PUBG Global Championship 2019 sebentar tadi.

TNC Predator Juara MDL Chengdu Major | Mata ke TI10 kini bermula

TNC Predator juara MDL Chengdu Major, kalahkan pasukan tuan rumah VICI Gaming 3-1 tanda perjalanan mata DPC ke Ti10 kini bermula. 

Miracle, Kuroky, Mind_Control, GH dan W33 !

Bekas pemain kelab Team liquid Miracle, Mind_Control, Kuroky, GH dan juga W33 acah akan kembali ke pentas profesional Dota 2 tidak lama lagi.

Mushi – Yamateh bersatu, Dendi kembali untuk Leipzig Major!

Mushi dan Yamateh tubuh pasukan baru manakala lagenda Dota 2 Dendi kembali bersama pasukan rantai CIS untuk Leipzig Major!

Must read

TNC Predator Juara MDL Chengdu Major | Mata ke TI10 kini bermula

TNC Predator juara MDL Chengdu Major, kalahkan pasukan tuan rumah VICI Gaming 3-1 tanda perjalanan mata DPC ke Ti10 kini bermula. 
video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

You might also likeRELATED
Recommended to you