GAMING | ESUKAN Dota 2 Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama...

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

-

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih.

Lanm Foto RNG

Siapa yang tidak kenal dengan lagenda Dota 2 Zhang “LaNm” Zhicheng atau Old LaNm yang sudah lama menempah nama di dalam industri. LaNm baru-baru ini menunjukkan prestasi yang baik di Pentas The International 9 bersama-sama pemain negara Ahfu untuk pasukan Royal Never Give Up.

Keen Gaming umum kemasukan LaNm Kamma Doto Weibo

Selepas tamat The International 9, LaNm semalam umum akan sertai pasukan Keen Gaming untuk musim DPC baru Dota 2 dan kembali menjadi jurulatih. LaNm bukan baru pertama kali menjadi jurulatih malah ini menjadikan beliau kali ke 3 menjadi jurulatih.

LaNm sebelum ini selain dari menjadi pemain, beliau pernah menjadi jurutlatih untuk pasukan EHOME dan juga Vici Gaming.

Prestasi LaNm di RNG juga amat memberangsangkan dimana mereka berjaya mendapat tempat ke-7 selepas berjaya kalahkan gergasi rantau CIS Virtus.Pro. Namun tunduk kepada finalis Ti9 Team Liquid di pusingan kalah mati Lower Bracket.

Team DK di Ti4 Foto Team DK

LaNm juga menjadi terkenal untuk peminat Dota 2 negara apabila beliau bersama-sama dengan pemain negara Chai “Mushi” Yee Fung di pentas The International 4 dengan pasukan Team DK. Team DK mendapat tempat ke 5 selepas tunduk dengan pasukan VICI Gaming yang seterusnya ke pentas final namun kalah dengan pasukan senegara Newbee.

LaNm Sertai Keen Gaming sebagai Jurulatih

Mushi yang juga menjadi jurulatih pasukan Mineski di Pentas The International 9 kembali menjadi pemain untuk Keeng Gaming tetapi kali ini di posisi 5.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada Mushi dan juga LaNm di musim akan datang.

Lagenda Dota 2 negara – Mushi kembali ke pentas profesional

Sumber: Keen Gaming

#LaNm #OldLaNm #Mushi #KeenGaming #RoadtoTi10 #Dota2Roster #Dota2News #ChangesRoster

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you