GAMING | ESUKAN Dota 2 Senarai penuh 8 pemain Malaysia di Liga Div 1...

Senarai penuh 8 pemain Malaysia di Liga Div 1 DPC 2021.

-

[#DOTA2] Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini.

Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini..
Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini. Foto: Fnatic

8 pemain tersebut merangkumi 4 daripada 6 zon pertandingan di seluruh dunia untuk musim pertama kali ini.

Walaupun Malaysia bermain di zon Asia Tenggara, hanya seorang sahaja pemain negara yang akan beraksi nanti iaitu Kam “Moon” Boon Seng untuk pasukan Fnatic.

Hal ini haruslah dipandang serius kerana Malaysia dilihat kekurangan bakat pelapis yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Ironinya, Liga Div 1 China telah menjadi lubuk bagi bakat handalan negara dan ini terbukti kerana terdapat 5 pemain professional tempatan akan bersaing di sana.

Mereka ialah naib juara The International 8, Yap “xNova” Jian Wei yang akan bergandingan bersama Lai “Ahjit” Jay son dalam pasukan EHOME.

Pasangan duo, Thiay “JT-“ Jun Wen dan Chan “Oli” Chon Kien masih kekal bersama pasukan Invictus Gaming sejak tahun 2019 manakala Cheng “NothingToSay” Jin Xiang akan beraksi untuk PSG.LGD.

Zon Eropah pula menyaksikan Yeik “MidOne” Naik Zheng sedang bergelut dengan prestasi yang tidak menentu bersama juara dunia 2 kali, OG.

Diharapkan saingan liga yang berlangsung selama 4 minggu ini mampu menaikkan semula moral beliau sebagai pemain terbaik negara ketika ini.

Beralih ke zon Amerika Utara, terdapat sedikit kejutan di sana membabitkan bakat baru yang semakin meningkat naik, Sok “Aikster” Aik Ying yang beraksi untuk pasukan 5ManMidas.

Ini adalah kali pertama beliau bermain di peringkat tertinggi saingan professional dan ujian sebenar sedang menanti beliau.

Berdepan dengan pasukan seperti Evil Geniuses bakal menguji kredibiliti beliau sebagai pemain posisi 1 untuk merebut tempat ke kejohanan Major pertama tahun ini.

Bagi 2 lagi zon pertandingan iaitu Commonwealth of Indipendent States (CIS) dan juga Amerika selatan masih tiada pemain negara beraksi sana dan diharapkan ada bakat pelapis yang akan datang mampu menebus pasaran tersebut.

Sumber: DOTA 2

#DPC2021 #Malaysia

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

Valve bekerjasama dengan Netflix menghasilkan siri animasi DOTA 2: Dragon’s Blood.

[#DOTA2] Syarikat pengeluar permainan, Valve telah bekerjasama dengan Netflix untuk menghasilkan sebuah siri animasi permainan, DOTA 2: Dragon’s Blood.

“Terima kasih, Rex!” -Team Secret.

[#PUBGM] Pemain PUBG Mobile tempatan, Asyam “Rex” Syayuti dilaporkan tidak lagi bersama Team Secret selepas hanya 7 bulan bersama.

23savage sertai BOOM Esports sebagai pemain gantian.

[#DOTA2] Bakat muda Thailand, Nuengnara “23savage” Teeramahanon akan sertai BOOM Esports dalam baki saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Asia Tenggara musim ini.

Olofmeister ucap selamat tinggal kepada FaZe Clan.

[#CSGO] Pemain veteran Sweden, Olof “olofmeister” Gustafsson telah mengundurkan diri dari skuad utama FaZe Clan secara rasminya bermula hari ini.

DPC 2021: Team Secret semakin hampiri kejuaraan liga.

[#DOTA2] Team Secret semakin menghampiri kejuaraan Liga Div 1 DOTA Pro Circuit (DPC) Eropah apabila berjaya membenam Alliance 2-1 pada awal pagi tadi.

DPC 2021: Peluang Fnatic kembali terbuka selepas membenam 496 Gaming 2-0.

[#DOTA2] Fnatic kembali membuka peluang untuk mencabar kejuaraan Liga Div 1 Asia Tenggara musim ini selepas menang mudah 2-0 ke atas 496 Gaming.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you