[#DOTA2] Siri animasi Netflix, DOTA: Dragon’s Blood yang bakal menemui peminat penghujung Mac nanti bakal hadir dengan 12 bahasa berlainan.
Perkara ini diumumkan di laman rasmi Twitter judul permainan itu sendiri semalam.
DOTA: Dragon’s Blood will be voiced in 12 languages
• English
• Russian
• Japanese
• Filipino
• Thai
• Indonesian
• Brazilian Portuguese
• Spanish (Neutral)
• Spanish (Castilian)
• French
• German
• ItalianAdditionally, subtitles will be available in 30 languages. pic.twitter.com/USoGEXvsVE
— DOTA 2 (@DOTA2) February 23, 2021
Antara bahasa yang tersenarai adalah bahasa Inggeris, Jepun, Russia, Filipina, Thai, Indonesia dan beberapa bahasa utama Eropah.
Karya animasi hasil kerjasama Netflix dan juga pengeluar permainan Valve ini juga akan ditayangkan dengan 30 sarikata berbeza termasuklah bahasa Melayu.
DOTA 2: Dragon’s Blood ini berkisarkan mengenai perjalanan seorang pengembara bernama Davion yang dalam misi memburu naga legenda sebelum dipertemukan dengan Mirana.
Apakah kesudahan misi Davion dan mengapa Mirana bertemu beliau akan terjawab di aplikasi Netflix pada 25 Mac nanti.
Sumber: DOTA 2
#DragonsBlood #Netflix
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!