Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

621
Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.
Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

"<yoastmark

Perkara ini diumumkan dalam satu kiriman yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka.

We are sad to announce Todak Dota 2 Team will be disband.

Thank you for the support but unfortunately all good…

Posted by Todak DOTA2 on Saturday, 1 May 2021

Pasukan yang ditubuhkan khas untuk saingan DOTA 2 Pro Circuit itu gagal meletakkan diri mereka sekurang-kurangnya dalam Div 2 bagi dua musim berturut-turut.

Walau bagaimanapun, Todak merupakan antara pencabar yang sentiasa diberikan perhatian dalam sesi kelayakan terbuka Asia Tenggara dan pernah menewaskan beberapa pasukan handalan.

Biarpun tidak berjaya menyertai saingan DPC, pengalaman bertarung dengan pasukan-pasukan hebat rantau ini harus dihargai dan digunakan sebaiknya buat barisan pemain ini di masa yang akan datang.

Masa hadapan pemain Todak masih belum diketahui sama ada mereka kekal sebagai sebuah pasukan ataupun terus berpecah membawa haluan masing-masing.

Sumber: Todak DOTA 2

#TodakLanggar

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!