GAMING | ESUKAN Dota 2 SoNNeikO, None bertindak keluar daripada AS Monaco.Gambit.

SoNNeikO, No[o]ne bertindak keluar daripada AS Monaco.Gambit.

-

[#DOTA2] AS Monaco.Gambit kehilangan dua tonggak utama apabila Akbar “SoNNeikO” Butaev serta Vladimir “No[o]ne” Minenko bertindak keluar daripada pasukan.

AS Monaco.Gambit kehilangan dua tonggak utama apabila Akbar “SoNNeikO” Butaev serta Vladimir “No[o]ne” Minenko bertindak keluar daripada pasukan.
AS Monaco.Gambit kehilangan dua tonggak utama apabila Akbar “SoNNeikO” Butaev serta Vladimir “No[o]ne” Minenko bertindak keluar daripada pasukan.
Perkara ini diumumkan oleh dua pemain itu di laman media sosial Twitter peribadi mereka sendiri.

Antara faktor pemergian mengejut mereka adalah disebabkan SoNNeikO hilang kepercayaan kepada pasukannya sendiri untuk beraksi dengan baik biarpun sudah layak kejohanan WePlay AniMajor 2021.

“Selepas tewas dalam 3 perlawanan pertama liga DPC Eropah Timur, saya sudah memberitahu pengurus pasukan bahawa saya sudah tidak ada hati lagi bermain di sini.

“Namun selepas perbincangan dibuat, saya setuju untuk kekal tetapi melepaskan jawatan ketua pasukan kepada No[o]ne dan dia yang akan menyusun strategi serta draf hero,”ujarnya yang dipetik daripada satu kicauan panjang di Twitter.

AS Monaco.Gambit dalam satu kiriman di laman sesawang rasmi mereka mengatakan bahawa SoNNeikO memang sudah lama berhasrat untuk keluar daripada pasukan dan kami di sini sudah tidak terdaya untuk menahannya lagi.

No[o]ne pula mengekori jejak langkah beliau kerana tidak mahu kekal dalam pasukan yang tidak mempunyai bakat kepimpinan yang kuat.

Pemergian mereka telah digantikan dengan dua pemain pinjaman iaitu Artem “Lorenof” Melnic daripada pasukan Gambit-2 dan Stanislav “633” Glushan daripada pasukan Fantastic Five untuk kejohanan WePlay AniMajor 2021.

Lebih mengejutkan lagi selang satu jam selepas pengumuman tersebut, Natus Vincere pula menaikkan satu kicauan mengenai perubahan roster mereka dan nama SoNNeikO serta No[o]ne tersenarai menggantikan Andrii “ALWAYSWANNAFLY” Bondarenko dan juga Bogdan “Iceberg” Vasilenko.

Roster baru Natus Vincere ini dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan Eropah Timur untuk kejohanan The International 10 yang bakal berlangsung pada Ogos ini di Avicii Arena, Stockholm.

Sumber: Gambit Esports

#WePlayAniMajor #ASMGMB #GambitDOTA2

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

VALORANT Champions 2021 bermula malam ini.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2021 bermula hari ini dengan 3 perlawanan akan berlangsung yang melibat 6 pasukan terbaik dunia.

DPC: OG cipta kejutan, Tundra Esports menewaskan Alliance.

[#DOTA2] Pasukan muda OG cipta kejutan dalam saingan DPC Eropah selepas berjaya menjinakkan pasukan gergasi, Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

Eric Khor letak jawatan selaku pengurus dan pengarah DOTA 2 Fnatic.

[#DOTA2] Selepas lebih 6 tahun berkhidmat bersama Fnatic, akhirnya Eric “ReiNNNN” Khor letak jawatan selaku Pengurus Pasukan dan telah digantikan oleh Paolo Gonzalez “KTM” Bago.

Aui_2000 sertai Tundra Esports sebagai jurulatih pasukan.

[#DOTA2] Bekas juara dunia, Kurtis “Aui_2000” Daniel Ling kini sah menyertai Tundra Esports sebagai jurulatih pasukan bagi menghadapi saingan DPC Eropah musim ini.

BOOM Esports menjuarai Mineski Masters 2021.

[#DOTA2] BOOM Esports laung amaran awal kepada pencabar mereka dalam saingan DPC Asia Tenggara selepas pasukan tersebut menjuarai Mineski Masters yang berakhir semalam.

NAVI julang trofi BLAST Premier Fall Final 2021, S1mple dinobatkan sebagai MVP.

[#CSGO] Natus Vincere (NAVI) muncul juara kejohanan BLAST Premier Fall Final 2021 selepas menewaskan Team Vitality 2-1 di peringkat akhir awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you