GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Nigma membawa masuk iLTW, Miracle- kembali ke jalur...

Team Nigma membawa masuk iLTW, Miracle- kembali ke jalur tengah.

-

[#DOTA2] ILTW atau nama sebenarnya Igor Filatov sah sertai Team Nigma untuk menghadapi saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit Eropah yang akan bermula minggu hadapan.

ILTW atau nama sebenarnya Igor Filatov sah sertai Team Nigma untuk menghadapi saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit Eropah yang akan bermula minggu hadapan.
ILTW atau nama sebenarnya Igor Filatov sah sertai Team Nigma untuk menghadapi saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit Eropah. FOTO: Team Nigma

Perkara itu diumumkan oleh pasukan itu sendiri dalam satu kicauan ringkas di laman media sosial Twiter rasmi mereka.

ILTW bukanlah asing dalam arena professional DOTA 2 ini malah dia pernah menyarung jersi beberapa pasukan terkemuka dunia dan antaranya adalah OG Esports, Team Spirit serta Virtus Pro.

Nama beliau mula berkumandang pada tahun 2019 apabila bila menyertai bekas juara The International 8 ketika itu secara pinjaman.

Walaupun sekadar bermain selama 2 bulan sahaja, beliau berjaya membawa pasukan OG Esports ke peringkat akhir dalam 2 kejohanan iaitu OGA Dota PIT 4 Eropah serta WePlay! Dota 2 Winter Madness.

Pencapaian terbaik beliau adalah ketika mewakili Russia dalam saingan WESG 2017 di mana beliau berjaya menewaskan pasukan Brazil, Pain Gaming di perlawanan akhir untuk muncul sebagai juara.

Pada kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 tempoh hari, beliau hadir sebagai pemain simpanan buat pasukan Virtus Pro namun tidak langsung diturunkan.

BACA: Virtus Pro menukar pemain di saat akhir?

Kemasukan ILTW ke pasukan Team Nigma ini menyebabkan rombakan kecil akan berlaku dari segi posisi pemain terutamanya buat pemain bintang mereka, Amer “Miracle-“ Al-Barkawi.

Miracle- akan kembali ke jalur tengah bagi memberi ruang kepada pemain Russia itu ke posisi teras utama.

Team Nigma akan bertemu Team Secret dalam perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Div 1 DPC Eropah pada 18 April jam 3 pagi waktu Malaysia.

Sumber: Team Nigma

#TeamNigma #DPC2021

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you