GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Nigma menggugurkan nama W33 daripada senarai skuad utama.

Team Nigma menggugurkan nama W33 daripada senarai skuad utama.

-

[#DOTA2] Team Nigma bertindak menggugurkan pemain jalur tengah mereka, Aliwi “w33” Omar secara rasmi berikutan prestasi yang kurang memuaskan ketika saingan ONE Esports Singapore Major 2021 tempoh hari.

Team Nigma bertindak menggugurkan pemain jalur tengah mereka, Aliwi “w33” Omar secara rasmi
Team Nigma bertindak menggugurkan pemain jalur tengah mereka, Aliwi “w33” Omar secara rasmi.

Perkara itu diumumkan oleh pasukan tersebut di laman media sosial Twitter rasmi mereka awal pagi tadi.

W33 telah bersama-sama pemain Team Nigma yang lain telah bersama semenjak tertubuhnya pasukan ini.

Kesemua bekas pemain Team Liquid itu bertindak keluar daripada pasukan selepas berhasrat untuk menubuhkan organisasi e-sukan mereka yang tersendiri.

Terdapat beberapa kejuaraan yang telah mereka kecapi antaranya adalah OGA Dota PIT 4 Eropah, WePlay! Bukovel Minor dan juga WePlay! DOTA 2 Tug of War: Mad Moon.

Namun prestasi tidak menentu mereka di kejohanan bertaraf Major menjadi persoalan ramai peminat yang mahukan keputusan yang lebih baik.

BACA: Team Nigma tersingkir daripada kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021.

“Omar (w33) telah memberikan sumbangan yang besar kepada pasukan dan dia juga umpama keluarga bagi kami.

“Tetapi hari ini kami mengumumkan bahawa nama beliau telah digugurkan daripada skuad utama dan beliau bebas untuk mencari pasukan yang dirasakan sesuai untuknya,” nyata pasukan tersebut.

Jika mengikut nama ‘ejen bebas’ ketika, Syed Sumail “Suma1l” Hassan menjadi calon terbaik yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh W33.

Namun segala keputusan buat Team Nigma akan diumumkan oleh mereka sebelum saingan Liga Div 1 DPC Eropah bermula.

Sumber: Team Nigma

#TeamNigma #StarsAlign

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you