GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Secret akhirnya tumpas di tangan PSG.LGD.

Team Secret akhirnya tumpas di tangan PSG.LGD.

-

[#DOTA2] Team Secret akhirnya tumbang di kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 kepada pasukan PSG.LGD 1-2 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan sebentar tadi.

Team Secret akhirnya tumbang di kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 kepada pasukan PSG.LGD 2-1 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan
Team Secret akhirnya tumbang di kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 kepada pasukan PSG.LGD 2-1 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan. FOTO: PWRD

Pasukan terbaik dunia itu mara ke pusingan kedua rangka atas (upper bracket) selepas membenam cabaran Thunder Predator tempoh hari gagal mengulangi kecemerlangan tersebut.

BACA: Team Secret terlalu handal buat pasukan Thunder Predator.

Sebaliknya PSG.LGD yang bertungkus lumus daripada hari pertama saingan wildcard lagi berjaya mneghidupkan peluang untuk menjuarai kejuaraan Major kali ini.

Finalis The International 8 itu bermula baik dalam permainan pertama menentang Team Secret sebentar tadi untuk mendahului 1-0.

Pada permainan kedua pula Lasse “MATUMBAMAN” Urpalainen menunjukkan aksi terbaiknya menggunakan Alchemist dan hanya memerlukan 23 minit sahaja untuk mengokat kedudukan semula menjadi 1-1.

Pemilihan Lycan di saat akhir yang dilakukan oleh PSG.LGD membuahkan hasil dan pemain offlane mereka, Zhang “Faith_bian” Ruida telah menunjukkan permainan Lycan yang sangat mantap untuk diangkat sebagai MVP bagi siri perlawanan tersebut.

via ONE Esports

Sebagai pemenang, PSG.LGD bakal berdepan Evil Geniuses di pusingan akhir rangka atas pada hari esok manakalan Team Secret jatuh ke rangka bawah dan bakal berdepan pemenang sama ada Vici Gaming ataupun OB Esports Neon.

Kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai bernilai $200,000 USD (RM823,500 MYR) dan juga 500 mata DPC sudah memasuki peringkat utama.

Anda boleh menyaksikan kejohanan ini secara langsung dari rumah dengan resolusi 4K 60 fps menerusi saluran Twitch, Youtube dan Facebook rasmi ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

#SingaporeMajor #LGDWIN #PSGLGD

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you