[#PUBGM] Dua pasukan PUBG Mobile Malaysia, Team Secret dan 4Rivals akan membawa cabaran negara ke temasya dunia PUBG Mobile Global Championship tahun hadapan.
Kedua-dua pasukan layak ke kejohanan tersebut selepas masing-masing menamatkan saingan akhir Liga Divisyen Timur di tempat ke-8 dan ke-9.
Pada pusingan liga, 4Rivals menghuni tangga ke-5 selepa smengutip 354 mata keseluruhan namun prestasi tersebut gagal dikekalkan ketika saingan akhir bermula.
12 pusingan awal mereka gagal menduduki podium sehinggalah pada peta yang seterunya mereka berjaya menduduki tempat ke-2 dibelakang Stalwart Esports dari Mongolia.
Dengan berkedudukan tempat ke-3 dan ke-4 di pusingan 14 dan 15, sudah cukup buat skuad bimbingan Nur Azmi “Pasha” Mohamed Halim untuk mara ke kejuaraan dunia tersebut.
Lain pula ceritanya bagi satu lagi pasukan negara iaitu Team Secret yang dilihat prestasi mereka kian merudum sehinggakan mereka gagal ke Super Weekend 3.
Namun Ahmad Fuad “Fredo” Razali dan rakan-rakan berjaya bangkit di saingan akhir liga dengan mendapatkan 3 kedudukan podium untuk mengumpul mata keseluruhan 131 bagi mengiringi pasukan 4Rivals yang 3 mata sahaja terpisah dari zon penyingkiran.
Kejohanan dunia PUBG Mobile Championship akan sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dan pihak penganjur memilih tarikh 21 sehingga 23 Januari 2021 sebagai tarikh baru temasya tersebut.
Sumber: PUBG Esports
#PMGC #TeamSecret #4Rivals
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!