GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

-

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.
Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

Ini merupakan kekalahan pertama mereka dalam saingan liga tersebut sejak mula diperkenalkan pada musim lalu.

Team Nigma hadir dengan senarai pemain baru selepas Aliwi “w33” Omar digantikan dengan Igor “iLTW” Filatov manakala Amer “Miracle-“ Al-Barkawi kembali ke lorong tengah.

Dalam permainan pertama, Team Secret telah melakukan draf yang unik dengan meletakkan Venomancer sebagai jungler manakala Bounty Hunter di offlane.

Walaupun di awalnya nampak seperti mereka menguasai permainan namun pada pertengahan mereka mula goyah.

ILTW dan Miracle- masing-masing menunjukkan prestasi yang memberangsangkan menggunakan Puck dan Juggernaut dan hasilnya mereka berjaya membantu pasukan mereka memenangi mata yang pertama.

Mendahului 1-0, Team Nigma sekali lagi beraksi cemerlang dalam permainan kedua terutama Miracle- bersama Sand King di lorong tengah.

Pemain Offlane Team Secret, Ludwig “zai” Wahlberg seolah dibuli sepanjang 27 minit permainan dan telah tumbang sebanyak 9 kali.

Team Nigma akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan mudah dan memperoleh 30 jatuhan secara keseluruhan berbanding lawannya yang hanya mampu memungut 9 sahaja.

Pasukan yang diketuai oleh Kuro Salehi “KuroKy” Takhasomi itu kini mendahului saingan liga bersama-sama pasukan OG dan juga Alliance yang juga mengutip kemenangan pertama mereka tempoh hari.

Team Secret pulak terperosok di tangga tercorot liga dan ini adalah kali pertama mereka berkedudukan sedemikian.

Sumber: DreamHack DOTA

#DPC2021 #StarsAlign #SecretFighting

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you