Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Secret juara liga Eropah, OG terpaksa bertarung di perlawanan tiebreaker.

Team Secret juara liga Eropah, OG terpaksa bertarung di perlawanan tiebreaker.

94

[#DOTA2] Juara dunia dua kali berturut-turut, OG terpaksa bermain di perlawanan tiebreaker selepas tewas 1-2 kepada Team Secret awal pagi tadi.

OG terpaksa bermain di perlawanan tiebreaker selepas tewas 1-2 kepada Team Secret awal pagi tadi.
OG terpaksa bermain di perlawanan tiebreaker selepas tewas 1-2 kepada Team Secret awal pagi tadi.

OG yang sangat memerlukan kemenangan dalam perlawanan terakhir Liga Div 1 DPC Eropah semalam turun menentang Team Secret.

Mereka sedar hanya kemenangan dapat melayakkan diri ke kejohanan Singapore Major secara automatik.

Bermula dengan perlawanan pertama, walaupun seakan-akan OG mengawal permainan namun di penghujungnya Slark yang digunakan oleh Lasse “MATUMBAMAN” Urpalainen lebih garang.

Hasilnya, Team Secret berjaya memungut mata pertama perlawanan sebelum juara dunia itu menyamakan kembali kedudukan dengan kemenangan di permainan yang kedua.

Dalam permainan ketiga, saingan sengit dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan yang enggan mengaku kalah.

Blackhole yang cantik daripada Enigma milik Ludwig “zai” Wahlberg telah memerangkap 3 hero OG yang menyebabkan mereka tewas dalam satu pentempuran di penghujung permainan.

Disebabkan itu, OG terpaksa bertahan namun Team Secret ternyata pasukan yang lebih baik dan terpaksa akur dengan kecemerlangan mereka.

Kekalahan ini menyebabkan mereka terpaksa bertarung di peringkat tiebreaker 3 penjuru bersama pasukan Tundra Esports dan juga Team Liquid.

Kedudukan terakhir Liga Div 1 DPC Eropah. Foto: Liquipedia

Siapakah pasukan terakhir Eropah yang berjaya mara ke kejohanan Singapore Major bakal terjawab pada 28 Februari nanti.

Sumber: DreamHack DOTA

#DPC2021 #TeamSecret #DreamOG

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!