GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Secret - Juara MDL Disneyland Paris Major

Team Secret – Juara MDL Disneyland Paris Major

-

Team Secret berjaya membenam Team Liquid dalam siri 3-1 ‘best of 5’ di pentas akhir kejuaraan MDL Disneyland Paris Major awal pagi tadi.

Secara tidak langsung, kemenangan itu menjadikan Team Secret sebagai pasukan dota 2 nombor satu dunia mendahului carta mata Dota Pro Circuit dengan 14250 mata.

Kejuaraan MDL Disneyland Paris Major merupakan pertandingan bertaraf dunia kerana mempunyai perlawanan-perlawanan yang hebat di antara pasukan ‘top tier’ Dota 2.

Setelah Team Liquid memenangi siri perlawanan dengan Evil Geniuses pada ‘game’ yang pertama, ‘game’ yang kedua lebih kepada ‘mind game’ dimana Evil Geniuses seperti kering idea didalam fasa ‘drafting’ dimana mereka tidak mem’ban’ hero yang disangka.

Evil Geniuses membenarkan Team Liquid memilih ‘Morphling’ yang merupakan antara hero ‘signature’ pemain ‘lane’ tengah mereka iaitu Amer ‘Miracle’ Al Barkawi.

‘Morphling’ Miracle memastikan Team Liquid membenam Evil Geniuses bersih dengan 2-0 siri perlawanan.

Selepas tamat perlawanan separuh akhir, Team Liquid berehat untuk 2 jam sebelum sambung bertanding di pentas akhir bertemu dengan Team Secret yang selesa berada di ‘Upper Bracket’ sepanjang kejohanan.

Perlawanan pertama menyaksikan ulangan hero pilihan Miracle- iaitu Morphling memastikan kemenangan pertama Team Liquid dengan mendapat Quadruple Rampage iaitu membunuh 9 hero secara berterusan.

Game kedua pula memperlihatkan Team Secret tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini dengan mem’ban’ hero OP Morphling dan memilih cara permainan 5 ‘core hero’ untuk mengalahkan Team Liquid di Game ke-2.

Kemenangan 2-1 Team Secret membuatkan mereka mungkin berasa lebih konfiden dan membiarkan Team Liquid memilih Morphling untuk membalas dendam. Tetapi kali ini dengan kombinasi Templar Assassin, Troll Warlord dan juga Enigma, Team Secret memastikan Morphling Miracle- tidak dapat memenangkan mereka game ke-3.

Team Secret memastikan kemenangan ‘game’ ke-4 dengan Yapzor – pemain posisi ke-4 Team Secret mencuri ‘BlackHole’! Yapzor menggunakan ‘blackhole’ untuk menutup siri itu dengan memenangi kejohanan MDL Disneyland Paris Major 3-1.

Team Secret membawa pulang USD 350,000 dan juga 4950 mata DPC manakala Team Liquid mendapat tempat kedua dengan 3000 mata DPC.

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Ward | Pemain posisi 5 atau posisi 4 patut beli?

Ward patut dibeli oleh pemain posisi 5 atau posisi 4 menjadi perbualan sejak pencarian rank match bertukar jadi Core/Support.

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih. 

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

Must read

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

You might also likeRELATED
Recommended to you