Home GAMING | ESUKAN Pubg Team Secret MY, Yoodo Gank layak ke Super Weekend 3 PMWL

Team Secret MY, Yoodo Gank layak ke Super Weekend 3 PMWL

461
Team Secret MY Yoodo Gank
Team Secret MY dan Yoodo Gank layak ke Super Weekend terakhir PMWL

[#PMWL] Pasukan PUBG Mobile negara – Team Secret MY dan juga Yoodo Gank berjaya melayakkan diri ke liga Super Weekend 3 PMWL selepas tamat pusingan League Stage terakhir semalam.

Team Secret MY Yoodo Gank
Team Secret MY dan Yoodo Gank layak ke Super Weekend terakhir PMWL

Team Secret MY mengumpul mata sebanyak 81 di tangga ke 7 keseluruhan dengan mendapat satu Chicken Dinner di perlawanan kesepuluh (terakhir) League Stage PMWL semalam di map Miramar. Team Secret dilihat semakin merbahaya buat pasukan lawan dimana mereka juga menjuarai pusingan Super Weekend 2 minggu lepas.

Walaupun Team Secret di League Stage PMWL kali ini kelihatan agak lambat panas, dengan permulaan yang biasa, mereka menghabiskan liga dengan satu Chicken Dinner.

Yoodo Gank pula berjaya tebus kesedihan mereka yang lalu yang mana mereka gagal melayakkan diri ke liga Super Weekend 2. Kali ini mereka tidak memberikan peluang dan berjaya menghabiskan liga League Stage 3 di tangga ke 13 dengan mengumpul jumlah mata keseluruhan 59.

Walaupun tidak dapat Chicken Dinner di pusingan League Stage kali, Man Parang berjaya merapatkan kedudukan dengan berjaya mendapatkan tempat kedua di Map Erangel iaitu map ke 9.

Bigetron Red Alien berjaya menghabiskan pusingan League Stage 3 ini di tangga pertama dengan mata keseluruhan 114, 2 Chicken Dinner dan satu 3rd place di map ke-9.

Pusingan Super Weekend 3 akan bermula Jumaat ini pukul 8pm dimana pemain negara terpaksa berentap di malam raya! Goodluck Yoodo Gank dan juga Team Secret MY!

Sumber: PUBGMobile Esports

#PMWL #YoodoGank #TeamSecret #BigetronRA #PUBGMobile #PMWLEast #PMWL2020

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!