GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Secret sekadar bernasib baik mara ke pusingan seterusnya.

Team Secret sekadar bernasib baik mara ke pusingan seterusnya.

-

[#DOTA2] Team Secret dipaksa berhempas pulas selama 2 jam 10 minit untuk menewaskan OB Esports Neon 2-1 dalam kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 yang berlangsung dengan begitu sengit.

Team Secret dipaksa berhempas pulas selama 2 jam 10 minit untuk menewaskan OB Esports Neon 2-1 dalam kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021
Team Secret dipaksa berhempas pulas selama 2 jam 10 minit untuk menewaskan OB Esports Neon 2-1 dalam kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021.

Dari atas kertas, pasukan terbaik Eropah itu sepatutnya tidak mempunyai banyak masalah untuk menang dalam perlawanan tersebut namun perkara sebaliknya berlaku.

Team Secret mendahului dalam perlawanan pertama selepas permainan yang meyakinkan ditunjukkan oleh Lasse “MATUMBAMAN” Urpalainen mengguanakan Bristelback.

OB Esports Neon menyamakan kedudukan kepada 1-1 apabila mudah menewaskan pasukan Eropah itu dalam masa 26 minit sahaja.

Landskap perlawanan terus berubah dalam perlawanan ketiga di mana kedua-dua pasukan enggan mengalah dan menampilkan permainan yang menakjubkan.

Pertembungan 1 lawan 1 antara MATUMBAMAN dan juga Erin “Yopaj” Jesper Ferrer telah menarik perhantian hampir 150 ribu penonton di saluran Twitch.

Pertarungan sengit kedua-dua pemain itu telah menyaksikan perlawanan berlarutan sehingga hampir satu jam dan Team Secret harus berterima kasih kepada hex kepada Spirit Breaker yang dikeluarkan oleh ketua pasukan, Clement “Puppey” Ivanov.

Disebabkan hex tersebut, MATUMBAMAN mampu bertahan ketika pertembungan menentang Yopaj yang berakhir dengan kematian Yopaj dan ahli pasukannya yang lain.

Team Secret terus naik ke base OB Esports Neon dan menjatuhkan tower Tier 4 sebelum memusnahkan Ancient bagi menecapi kemenangan epik 2-1.

Sebagai pemenang, mereka akan mara ke pusingan rangka bawah menunggu pemenang sama ada Thunder Predator atapun Invictus Gaming.

Bagi OB Esports Neon pula, walaupun tewas mereka telah mengharumkan nama Asia Tenggara dan meletakkan penanda aras yang tinggi buat pasukan-pasukan dari benua yang lain.

Kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai bernilai $200,000 USD (RM823,500 MYR) dan juga 500 mata DPC sudah memasuki peringkat utama.

Anda boleh menyaksikan kejohanan ini secara langsung dari rumah dengan resolusi 4K 60 fps menerusi saluran Twitch, Youtube dan Facebook rasmi ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

#SingaporeMajor #TSWIN #TeamSecret #SecretFighting

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you