Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Team Spirit, HellRaisers dan Team Empire tentukan slot terakhir TI10 Eropah Timur.

Team Spirit, HellRaisers dan Team Empire tentukan slot terakhir TI10 Eropah Timur.

171

[#DOTA2] Hanya 3 pasukan lagi yang tinggal di hari terakhir kelayakan The International 10 zon Eropah Timur iaitu Team Spirit, HellRaisers serta Team Empire bagi merebut satu slot ke temasya dunia itu.

Hanya 3 pasukan lagi yang tinggal di hari terakhir kelayakan The International 10 zon Eropah Timur iaitu Team Spirit, HellRaisers serta Team Empire bagi merebut satu slot ke temasya dunia itu.
Hanya 3 pasukan lagi yang tinggal di hari terakhir kelayakan The International 10 zon Eropah Timur iaitu Team Spirit, HellRaisers serta Team Empire bagi merebut satu slot ke temasya dunia itu.

Ketiga-tiga pasukan berjaya mengharungi satu minggu yang penuh membenam 11 pasukan yang lain untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka.

Pasukan pilihan pertama, Team Spirit menepati ramalan mara ke pentas akhir utama selepas membenam cabaran HellRaisers 2-1 biarpun ketinggalan 0-1 di awal siri perlawanan.

Kemenangan dalam dua peta seterusnya membolehkan mereka mara ke pusingan best of 5 awal pagi esok menentang pemenang perlawanan akhir rangka bawahan.

Kejutan dilakukan oleh Team Empire yang kali terakhir nama mereka menjadi sebutan adalah pada tahun 2017 selepas menjuarai ROG Masters di Kuala Lumpur.

Selepas beberapa tahun melalui zaman ‘kegelapan’, kali ini mereka bangkit semula untuk mencabar gelaran pasukan terbaik Eropah Timur.

Kejayaan menyingkirkan Natus Vincere atau NAVI 2-1 malam semalam adalah bukti bahawa mereka sudah bersedia untuk melakukan sesuatu pada tahun ini.

Namun mereka harus melepasi HellRaisers, pasukan yang diketuai oleh bekas pemain mereka sendiri iaitu Roman “Resolut1on” Fominok terlebih dahulu sebelum memikirkan apa akan berlaku di perlawanan akhir utama nanti.

Anda boleh menyaksikan perlawanan hari terakhir kelayakan The International 10 zon Eropah Timur di saluran Twitch Beyond The Summit bermula jam 6 petang ini.

Sumber: BTS

#TI10 #SpiritDOTA #ForTheEmpire

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!