GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: PSGLGD Tumbang, "Underdogs' Team Spirit Juara, bawa pulang...

TI10: PSGLGD Tumbang, “Underdogs’ Team Spirit Juara, bawa pulang USD18 Juta

-

[#Dota2] Team Spirit Juara The International 10 selepas tumbangkan pasukan gergasi China, PSGLGD 3-2 awal pagi tadi, bawa pulang lebih USD18 Juta.

Team Spirit Juara The International 10 Foto Dota2Ti Twitter

“THE INTERNATIONAL KEMBALI KE CIS!” ucap peminat Dota 2 dimana kejuaraan berprestij esukan Dota 2 itu kembali ke rantau CIS setalah lebih 10 tahun dipegang oleh pasukan Natus Vincere.

Team Spirit hadir ke The International dengan tiket CIS Qualifier dimana mereka hampir tidak layak namun berjaya menumpaskan Team Empire 3-2 di pusingan akhir. Habiskan peringkat kumpulan di tempat ke-4 dan memulakan peringkat ‘main stage’ di Upper Bracket.

Gagal menumbangkan pasukan Invictus Gaming, Team Spirit terpaksa jatuh ke kumpulan Lower Bracket yang merupakan jalan jauh dan berdarah untuk hadir ke pusingan Grand Final.

Namun perkara itu jelas tidak menjadi masalah buat Team Spirit apabila mereka menumbangkan pasukan FNATIC, OG, rakan CIS VIRTUS PRO, Invictus GAMING dan juga TEAM SECRET sebelum bertemu dengan PSGLGD di pentas akhir.

PSGLGD pula merupakan favorit untuk menjuarai kejohanan The International 10 ini kerana prestasi mantap dan stabil mereka sepanjang musim DPC yang berlangsung.

Perlawanan pertama dilihat di pasukan Team Spirit berjaya ‘outdrafted’ PSGLGD dimana PSGLGD gagal untuk ‘gank’ Team Spirit di awal dan juga pertengahan perlawanan. Pilihan Pangolier untuk midlaner PSGLGD iaitu NothingToSay dilihat tidak dapat membuat tangkapan dan draft yang tiada stun.

Carry Team Spirit Yatoro dilihat ‘farm’ di seluruh perlawanan dan terlalu ‘fat’ di akhir perlawanan membuatkan PSGLGD tidak mampu untuk menundukkan Yatoro. PSGLGD kalah perlawanan pertama.

Perlawanan kedua Collapse (Pemain Pos 3 Team Spirit) Magnus dapat beraksi yang merupakan antara hero signature beliau yang seperti tiada jawapan untuk pasukan sebelum ini. PSGLGD cuba untuk mengalahkan draft Magnus Luna Team Spirit dengan memilih Morphling EarthShaker namun gagal dan Team Spirit menang 2-0.

PSGLGD kembali bangkit di perlawanan ketiga apabila berjaya menundukkan draft Magnus Collapse dengan Xinq Rubick dan juga NothingToSay Tinker. Seperti biasa Rubick dengan kebolehan mencuri skill hero pihak lawan membuatkan Collapse teragak-agak untuk menggunakan Reverse Polarity (RP) bimbang akan dicuri rubick.

Kombo Skewer juga tidak dapat dihasilkan kerana Telekinesis Rubick Xinq yang sering kali menggagalkan Collapse untuk tarik hero lawan ke pasukan beliau. NTS Tinker yang tidak henti memberikan damage Rocket dan juga laser membuatkan Yatoro terpaksa membuat Refresher Orb Phantom Assassin yang dilihat rugi slot hanya untuk BKB dua kali. PSGLGD kembali 1-2.

Perlawanan ke-4 kali ini Faith_bian pemain posisi 3 PSGLGD pula sebagai Magnus namun bukan seperti yang disangka, malah strat yang diguna pakai kali ini adalah hanya untuk buff Luna Ame dan melindungi NTS sahaja. Draft ini berjaya menundukan Team Spirit dengan hanya 24 Minit! dan terus bawa ke perlawanan ke -5!

PSGLGD cuba membawa kembali strat TINY X LYCAN namun gagal apabila Team Spirit ban Ogre Magi dan dilihat sedikit tumpul untuk mejalankan kombo tersebut. Xiao8 masih lagi tidak ban Collapse Magnus namun kali ini PSGLGD tumbang dan tiada jawapan untuk Terrorblade Yatoro yang diEmpower oleh Collapse Magnus.

FULL RECAP

Team Spirit julang juara The International 10 selepas perlawanan kelima bawa pulang lebih USD 18 Juta.

Tahniah Team Spirit dan tahniah juga PSGLGD kerana memberikan yang terbaik dan tentangan yang hebat untuk tontonan peminat Dota 2, Comeback stronger lads!

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #SPIRITIX #SecretFighting #PSGLGD

Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you