GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z...

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

-

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team
Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team. Foto: HLTV

Ini merupakan perlawanan terakhir buat pemain sokongan, Cedric “RpK” Guipouy yang telah membuat keputusan untuk berehat daripada saingan kompetitif selepas sahaja perjalanan pasukannya tamat dalam kejohanan ini.

Pasukan 9Z merupakan pasukan di ranking ke-88 dunia telah diundi bertemu Team Vitality yang kini berada di tangga ke-8 dan ternyata itu bukanlah sesuatu yang mudah buat pasukan Argentina itu.

Mereka telah memilih Nuke sebagai peta yang pertama memandangkan mereka mempunyai rekod yang baik untuk peta tersebut.

Namun dengan mudahnya Team Vitality membenam cabaran pasukan dari benua Amerika Selatan itu dengan mata 16-9.

Pada peta kedua di Overpass, 9Z ketinggalan pada awal permainan namun pasangan duo Maximilliano “max” Gonzalez dan Santino “try” Rigal telah bermain dengan sangat baik untuk membantu pasukan mereka mendahului 9-6 di separuh masa pertama.

Kelebihan itu terus dikekalkan pada separuh masa kedua untuk memberikan 1 mata penting bagi mengikat kedudukan selepas memenangi peta tersebut 16-11.

Terikat 1-1, kedua-dua pasukan terpaksa bermain di peta penentuan iaitu Inferno di mana 9Z terlebih dahulu mendominasi peta tersebut untuk memenangi 9 pusingan tanpa balas.

Ketinggalan 2-13, Team Vitality cuba untuk membuat kemunculan semula dengan memenangi 10 pusingan berturut-turut namun 9Z lebih bersedia untuk menghalang daripada perkara itu berlaku.

Akhirnya pasukan dari Perancis itu tumbang 13-16 dan memberikan mata kemenangan kepada pasukan bukan pilihan itu untuk mara bertemu Heroic di pusingan seterusnya.

Sumber: BLAST Premier

#BLASTPremier #TodoVioleta #9ZTEAM

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you