GAMING | ESUKAN Dota 2 Terputus bekalan elektrik, Vikin.gg tersingkir-Dota Pit

Terputus bekalan elektrik, Vikin.gg tersingkir-Dota Pit

-

[#Dota2] Salah seorang pemain Vikin.gg mengalami masalah bekalan elektrik membuatkan pasukan berkenaan tersingkir dari kejohanan OGA Dota Pit semalam.

Boom Vikin.gg OGA Dota Pit
Boom mengalami bekalan elektrik membuatkan pasukan Vikin.gg tersingkir dari kejohanan OGA Dota Pit 2020.

Semalam berlangsung hari kedua kejohanan OGA Dota Pit EU/CIS 2020 musim kedua dimana 8 pasukan dari dua rantau tersebut berentap untuk jumlah hadiah lebih RM 700,000!

Setelah perlawanan Upper Bracket OGA Dota Pit berlangsung dimana Team Nigma dan juga Alliance telah pon menempah tempat di UB Final, tiba masa untuk perlawanan kalah mati atau Lower Bracket diantara Vikin.gg menentang FlyToMoon dan juga Ninjas In Pyjamas menentang VP.Prodigy.

Perlawanan Vikin.GG menentang FTM ini pada mulanya boleh dikatakan berpihak kepada FTM. Match pertama yang membuatkan FTM lebih mengawal keadaan bertukar kepada Vikin apabila Divine Rapier terjatuh ke pihak Vikin. Perlawanan kedua yang juga saing-saing diantara dua pasukan berkenaan namun kali ini berpihak kepada FTM.

Mata 1-1 dibawa ke perlawanan ketiga dimana game terhenti selama lebih 30 minit kerana pemain Vikin.gg – Miroslav “Boom” Bican mengalami masalah bekalan elektrik. Keseluruhan tempat tinggal Boom mengalami masalah yang sama dimana tiada bekalan elektrik. Vikin.gg dilihat cuba untuk meneruskan perlawanan dengan strategi 4 vs 5, namun tidak berjaya.

FTM meneruskan perjalanan di kejohanan OGA Dota Pit 2020 di pusingan seterusnya dimana selepas ini mereka akan bertemu dengan rakan serantau Natus Vincere.

Jadual hari ini seperti berikut:

  • 2pm | OG vs VP Prodigy
  • 5pm | Natus Vincere vs FlyToMoon
  • 11pm | Alliance vs Team Nigma
  • 2am | LB Semifinal

Sumber: BoomDota

#BoomDota #VikinGG #FlyToMoon #OGADotaPit #DotaPitOnline #DotaPitEuCis #AMDSapphire #HyperX

Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Terputus bekalan elektrik, Vikin.gg tersingkir-Dota Pit

Salah seorang pemain Vikin.gg mengalami masalah bekalan elektrik membuatkan pasukan berkenaan tersingkir dari kejohanan OGA Dota Pit semalam.

Raven sertai FNATIC, 11K MMR 23Savage is out

FNATIC umum Marc Polo ‘Raven’ sertai roster baharu mereka sebagai posisi satu sekaligus berakhirnya perkhidmatan 23Savage.

Liga Fantasi SentrumMY : WE HAVE A WINNER!!!

Rasanya tidak terlambat bagi Sentrum untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Liverpool dan pemenang liga fantasi SentrumMY

PMWL -Team Secret MY Juara Super Weekend 2

[#PMWL] Pusingan Super Weekend 2 PMWL perlihat pasukan negara Team Secret MY mencantas pasukan lain untuk berada di no 1 liga semalam

KuroKy tidak hadir ke Dota Pit bersama Team Nigma

Kapten pasukan Team Nigma Kuro “KuroKy” Takhasomi umum tidak dapat bermain di kejohanan OGA Dota Pit Musim kedua EU/CIS akibat kesihatan.

Ceb kembali ke roster aktif, Sumail tinggalkan OG

[#Dota2] Juara The International 2 kali - OG umum Sébastien “Ceb” Debs akan kembali ke roster aktif manakala Syed "SumaiL" Hassan keluar.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you