Home GAMING | ESUKAN Dota 2 The International 10 pecah rekod jumlah hadiah terbesar esukan

The International 10 pecah rekod jumlah hadiah terbesar esukan

313
The INternational 10 Prize pool
Jumlah Hadiah The International pecah rekod sekali lagi!

[#Dota2] Kejohanan The International 10 pecah rekod jumlah hadiah terbesar anjuran kejohanan esukan iaitu RM 143 Juta (USD 34,343,444) hari ini.

The INternational 10 Prize pool
Jumlah Hadiah The International pecah rekod sekali lagi!

Pengumuman itu dibuat di laman twitter Wykrhm Reddy (@Wykrhm) tengah hari tadi dimana jumlah hadiah The International 10 mencecah lebih RM 143 Juta (USD 34,343,444).

Kejohanan Dota 2 The International sebelum ini memegang rekod untuk jumlah hadiah terbesar kejohanan esukan sejak dari tahun 2015 dimana lebih RM 70 Juta ditawarkan di kejohanan The International 5. Kejohanan esukan lain paling rapat sebelum ini dengan The International 5 merupakan kejohanan esukan Fortnite World Cup Finals tahun lepas iaitu lebih RM 60 Juta ditawarkan.

Walaupun kejohanan The International 10 kali ini ditangguhkan kepada tarikh yang masih lagi belum pasti, jumlah hadiah terkumpul telah menjangkau dari jumlah yang dikumpul pada tahun lepas. Jumlah hadiah The International dilihat sentiasa menjangkau dari jumlah hadiah tahun sebelumnya sejak dari The international 3 pada tahun 2013.

Disaat artikel ini ditulis, lebih RM 50,000 telah pun menjangkau dari jumlah untuk tahun lepas di The International 9. Jumlah tepat boleh dilihat di laman sesawang Prize Tracker.

Kejohanan The International Dota 2 merupakan kejohanan tertinggi untuk esukan berkenaan dimana setiap pasukan mengumpul mata DPC untuk layak ke kejohanan tersebut. Pasukan Dota 2 terbaik dunia mengambil bahagian bagi kejohanan ini membuatkan ia sangat berprestij dari tahun 2011.

OG Esports merupakan pasukan yang berjaya membawa pulang kejuaraan ini dua kali berturut-turut pada tahun 2018 dan juga 2019.

Kini kita hanya perlu tunggu bilakah tarikh The International 10 akan diadakan.

Sumber: The International Prize Pool Tracker

#Dota2ti #TheInternational #EsportsPrizePool #34Million #OG #Ti10

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info Terkini dan juga content menarik!