GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan...

TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan kumpulan A

-

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan  Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.
Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan  Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

Selepas 3 siri perlawanan best of 2, OG tidak berdepan masalah dalam 2 perlawanan pertama mereka bertemu Alliance dan wakil dari Amerika Selatan, Thunder Predator.

Namun cabaran yang diberikan oleh Virtus Pro dalam siri perlawanan ke-3 menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi 1 mata.

Bagi Invictus Gaming pula, kemenangan membenam Evil Geniuses 2-0 dalam siri perlawanan terakhir awal pagi tadi sangat memberi makna kepada mereka untuk menaikkan semula moral pasukan selepas terikat 1-1 dengan Team Undying sebelum itu.

Kelincahan Zhou “Emo” Yi di lorong tengah bersama Lina dan Templar Assassin sekali lagi gagal ditandingi oleh Abed “Abed” Yusop dan memaksa pasukannya akur untuk sekali lagi tumbang dengan jaguh dari China itu.

Virtus Pro pula tanpa diduga telah menunjukkan aksi yang sangat cemerlang untuk hari yang pertama biarpun masih awal lagi untuk meramal keputusan mereka selepas ini.

Kemenangan ke atas 2 pasukan yang mempunyai prestasi bawah sederhana (Alliance dan Team Undying) bukanlah kayu ukur yang sebenar buat mereka namun kejayaan mengikat OG 1-1 sudah cukup menggambarkan bahawa pasukan Eropah Timur bersedia memberikan saingan dalam kejohanan kali ini.

Dalam kumpulan B pula, hanya 2 siri perlawanan best of 2 sahaja yang berlangsung semalam dengan PSG LGD menerajui kedudukan ketika ini dengan rekod 100% kemenangan selepas membenam cabaran Quincy Crew dan Team Spirit.

Kejohanan The International 10 yang bermula dari 7 sehingga 17 Oktober ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih $40 juta USD untuk dimenangi dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah e-sukan dunia.

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #IGWIN #DreamOG #GOGOVP

Jangan lupa support page SentrumMy untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan kumpulan A

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

BOOM Esports Juara BTS Pro Series 8 SEA

[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you