GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan...

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

-

[#DOTA2] Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.
Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

Sebagai pasukan yang disebut-sebut akan menjuarai kejohanan kali ini iaitu PSG LGD akhirnya kembali menarik nafas lega selepas pemain tengah dari Malaysia, Cheng “NothingToSay” Jin Xiang selamat tiba ke Bucharest biarpun berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan perjalanan beliau.

Kemenangan di hari pertama bertemu Quincy Crew dan Team Spirit amat diperlukan oleh jaguh China itu untuk mengekalkan momentum selaku pasukan pilihan bagi edisi kali ini.

Pencabar terdekat mereka, OG, akan memulakan saingan peringkat kumpulan bertemu Alliance pada jam 3 petang ini.

Juara bertahan itu hampir sahaja kehilangan khidmat pemain offlaner mereka, Sebastian “Ceb” Debs yang pada awalnya dikhabarkan akan menjalani pembedahan mata namun beliau menangguhkannya untuk memberi tumpuan kepada kejohanan dunia ini.

Situasi kesihatan Ceb akan dinilai dari masa ke semasa dan pemain Team Liquid, Michael “miCKe” Vu akan menjadi pemain simpanan jika Ceb tidak dapat meneruskan aksinya.

Bagi wakil benua Amerika Utara yang merupakan bekas juara dunia, Evil Geniuses juga antara pasukan yang mampu memberikan cabaran untuk kejohanan kali ini.

Diundi dalam satu kumpulan dengan OG bukanlah satu masalah bagi mereka kerana apa yang penting adalah untuk layak ke pusingan playoff.

‘Sumpahan’ perlawanan akhir harus dibuang jauh daripada mental para pemain jika Evil Geniuses bercita-cita ingin menjulang Aegis of Champion buat kali yang kedua.

Kejohanan The International 10 yang bermula dari 7 sehingga 17 Oktober ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih $40 juta USD untuk dimenangi dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah e-sukan dunia.

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #DreamOG #PSGLGD #LIVEEVIL

Jangan lupa support page SentrumMy untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

BOOM Esports Juara BTS Pro Series 8 SEA

[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September 2022.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you