Home GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: PSG LGD tepati ramalan, Virtus Pro cipta kejutan.

TI10: PSG LGD tepati ramalan, Virtus Pro cipta kejutan.

6

[#DOTA2] Pusingan pertama upper bracket The International 10 berakhir malam tadi dengan menyaksikan dua lagi pasukan iaitu PSG LGD dan Virtus Pro mara ke pusingan yang seterusnya.

Pusingan pertama upper bracket The International 10 berakhir malam tadi dengan menyaksikan dua lagi pasukan iaitu PSG LGD dan Virtus Pro mara ke pusingan yang seterusnya.
Pusingan pertama upper bracket The International 10 berakhir malam tadi dengan menyaksikan dua lagi pasukan iaitu PSG LGD dan Virtus Pro mara ke pusingan yang seterusnya.

Di atas kertas, PSG LGD sepatutnya tidak berdepan banyak masalah berdepan dengan wakil Asia Tenggara, T1 namun sebaliknya telah berlaku.

Biarpun mendahului 1-0, juara AniMajor itu berdepan masalah dalam perlawanan kedua yang memperlihatkan bagaimana lawan mereka bangkit di penghujung permainan.

Perlawanan yang cukup dramatik itu terpaksa diheret sehingga 55 minit untuk T1 kembali mengikat kedudukan selepas Karl “Karl” Baldovino berjaya mengatasi Cheng “NothingToSay” Jin Xiang dalam pertembungan di lorong tengah.

Perkara yang menarik telah berlaku di penghujung permainan 10 buybacks telah digunakan oleh kedua-dua pasukan dan merupakan nilai maksimum dalam sesuatu pertembungan.

Perlawanan ketiga jelas sekali PSG LGD kembali memperkemaskan corak permainan dan sekali lagi mereka mempersembahkan satu dominasi yang cukup hebat untuk menutup perlawanan dengan kemenangan tipis 2-1.

Kemudian satu lagi gergasi China, Vici Gaming turun untuk berhadapan dengan skuad termuda bagi edisi kali ini iaitu Virtus Pro.

Nyata pengalaman bukanlah segalanya, biarpun tumbang dalam perlawanan pertama, pasukan dari Russia itu berjaya membuat kebangkitan dalam 2 perlawanan seterusnya untuk membenam lawan mereka jatuh ke lower bracket.

Keberkesanaan Danil “gpk” Skutin menggunakan Puck dan Storm Spirit menjadi kunci utama kejayaan pasukan Virtus Pro dan diharapkan momentum ini diteruskan untuk mereka meneruskan cabaran menentang pasukan pilihan dunia, PSG LGD pada hari esok.

Kejohanan The International 10 yang bermula dari 7 sehingga 17 Oktober ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih $40 juta USD untuk dimenangi dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah e-sukan dunia.

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #PSGLGD #GOGOVP

Jangan lupa support page SentrumMy untuk info terkini dan juga content menarik!