Home GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: Team Secret berdepan OG di pusingan yang pertama.

TI10: Team Secret berdepan OG di pusingan yang pertama.

9

[#DOTA2] Pusingan utama The International 10 akan bermula esok dengan Team Secret akan berdepan juara bertahan, OG.

Pusingan utama The International 10 akan bermula esok dengan Team Secret akan berdepan juara bertahan OG.
Pusingan utama The International 10 akan bermula esok dengan Team Secret akan berdepan juara bertahan OG.

Perlawanan yang bakal menjadi tumpuan esok itu bakal mengukir sejarah baru buat kedua-dua pasukan kerana mereka tidak pernah bertemu dalam kejohanan dunia tersebut.

Ini adalah kali pertama mereka bertembung di peringkat playoff dan semestinya bakal menyajikan aksi yang menarik.

Peringkat kumpulan yang berakhir semalam menyaksikan Team Secret menamatkan saingan dengan rekod 4 kemenangan, 2 seri dan 2 tewas dan menduduki tempat kedua di belakang PSG LGD.

Lain pula ceritanya di kem OG yang sedikit bergelut dalam kumpulan A untuk mengakhiri saingan di kedudukan ketiga dengan rekod 3 kemenangan, 4 seri dan tewas sekali kepada Team Aster.

Peminat semestinya mahu melihat pertembungan yang melibatkan Clement “Puppey” Ivanov dan Yazied “YapzOr” Jaradat menentang Johan “N0tail” Sundstein bersama gandingannya, Martin “Saksa” Sazdov.

Kekuatan kedua-dua pasukan terletak pada kepandaian dan strategi pemain sokongan mereka untuk memastikan pemain teras mempunyai ruang dan peluang yang cukup untuk mengetuai saingan di penghujung perlawanan.

Jadual playoff untuk esok juga akan melibatkan perlawanan antara juara Singapore Major 2021, Invictus Gaming dan Team Spirit serta 4 pertembungan lower bracket yang melibatkan 8 pasukan termasuk Evil Geniuses dan Fnatic.

Kejohanan The International 10 yang bermula dari 7 sehingga 17 Oktober ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih $40 juta USD untuk dimenangi dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah e-sukan dunia.

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #SecretFighting #DreamOG

Jangan lupa support page SentrumMy untuk info terkini dan juga content menarik!