GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: Team Secret menang mudah ke atas OG

TI10: Team Secret menang mudah ke atas OG

-

[#DOTA2] Tanpa disangka Team Secret menang mudah 2-0 ke atas juara bertahan, OG di pusingan pertama upper bracket yang berlangsung sebentar tadi.

Tanpa disangka Team Secret menang mudah 2-0 ke atas juara bertahan, OG di pusingan pertama upper bracket yang berlangsung sebentar tadi.
Tanpa disangka Team Secret menang mudah 2-0 ke atas juara bertahan, OG di pusingan pertama upper bracket yang berlangsung sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan gergasi Eropah ini bertemu buat julung kalinya sepanjang 10 tahun kejohanan ini berlangsung.

Bertarung dalam format best of 3, perlawanan pertama OG memilih hero yang selesa buat mereka seperti Invoker untuk Topias “Topson” Taavitsainen dan IO buat Johan “N0tail” Sundstein.

Namun semuanya seperti tidak memihak kepada mereka biarpun di awal permainan mereka memberikan saingan.

Topson dilihat sangat bergelut menentang Michal “Nisha” Jankowski yang menggunakan Ember Spirit di bahagian tengah di awal permainan dan kegagalan pasukan OG untuk membuat serangan hendap telah menyukarkan lagi keadaan.

Team Secret tampak lebih bersedia dan selepas 41 minit perlawanan, mereka memperoleh mata yang pertama dan sekali lagi mereka menunjukkan dominasi yang sangat baik di perlawanan kedua.

Sekali lagi Nisha menjadi watak penting dalam siri perlawanan ini dan kali ini bersama Tinker disamping Yazied “YapzOr” Jaradat yang cemerlang mengunakan Windranger yang sentiasa mengeluarkan ‘shackle’ yang tepat pada masanya.

28 minit sahaja diperlukan untuk pasukan yang diketuai oleh Puppey itu untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-0 ditambah dengan kiraan mata 42-4.

Perkataan “stay down” menjadi tren di Twitter selepas Puppey seperti ‘menasihati’ OG untuk sentiasa tunduk dan tidak memandang rendah kepada pasukan lawan.

Di pusingan seterusnya, Team Secret akan bertemu Invictus Gaming yang sebelum ini menewaskan Team Spirit 2-1 dalam perlawanan yang terdahulu.

Kejohanan The International 10 yang bermula dari 7 sehingga 17 Oktober ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih $40 juta USD untuk dimenangi dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah e-sukan dunia.

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #SecretFighting #DreamOG

Jangan lupa support page SentrumMy untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

TI10: Team Secret menang mudah ke atas OG

[#DOTA2] Tanpa disangka Team Secret menang mudah 2-0 ke atas juara bertahan, OG di pusingan pertama upper bracket yang berlangsung sebentar tadi.

TI10: Team Secret berdepan OG di pusingan yang pertama.

[#DOTA2] Pusingan utama The International 10 akan bermula esok dengan Team Secret akan berdepan juara bertahan, OG.

TI10: Thunder Predator, Quincy Crew di ambang penyingkiran.

Hari kedua The International 10 tamat awal pagi dengan menyaksikan 2 pasukan dari benua Amerika, Thunder Predator dan Quincy Crew menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan kumpulan A

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you