GAMING | ESUKAN Dota 2 TI10: Thunder Predator, Quincy Crew di ambang penyingkiran.

TI10: Thunder Predator, Quincy Crew di ambang penyingkiran.

-

[#DOTA2] Hari kedua The International 10 tamat awal pagi dengan menyaksikan 2 pasukan dari benua Amerika, Thunder Predator dan Quincy Crew menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

Hari kedua The International 10 tamat awal pagi dengan menyaksikan 2 pasukan dari benua Amerika, Thunder Predator dan Quincy Crew menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.
Hari kedua The International 10 tamat awal pagi dengan menyaksikan 2 pasukan dari benua Amerika, Thunder Predator dan Quincy Crew menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

Skuad Peru itu gagal mengutip sebarang kemenangan selepas 4 siri perlawanan Best of 2 dengan ketika ini memegang rekod 0-8 secara keseluruhan.

Biarpun pasukan itu dikendalikan oleh bekas juara dunia, Clinton “Fear” Loomis, namun Thunder Predator masih gagal menunjukkan sebarang hasil.

Rekod 0-6 pada 3 siri perlawanan pertama menentang OG, Alliance dan Invictus Gaming mungkin boleh dimaafkan kerana mengikut prestasi dan corak permainan jauh lawan mereka lebih baik.

Namun kegagalan mereka mencuri sekurang-kurangnya 1 mata menentang Team Undying yang mempunyai konflik kewangan telah menunjukkan bahawa pasukan Amerika Selatan itu masih belum bersedia untuk beraksi di kejohanan sebesar ini.

Dalam pada itu, Quincy Crew pula masih mencari rentak apabila sekadar mencatat rekod 2-6 yang juga terburuk dalam kumpulan B.

Pasukan Amerika Utara itu hadir ke kejohanan dunia ini sebagai pasukan ke-4 terbaik dalam senarai DOTA 2 Pro Circuit dan seharusnya mereka memberikan saingan yang lebih sengit dalam kejohanan tersebut.

Quincy Crew tewas 0-2 kepada PSG LGD dan Vici Gaming tetapi berjaya mengikat 1-1 menentang Beastcoast serta Fnatic.

Bagi peminat pasangan adik-beradik, Yawar “Yawar” Hassan dan Syed Sumail “Suma1l” Hasan, semestinya mahu menyaksikan mereka bertembung di pentas yang besar seperti ini namun kedua-dua pemain haruslah melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.

Kejohanan The International 10 yang bermula dari 7 sehingga 17 Oktober ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai lebih $40 juta USD untuk dimenangi dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah e-sukan dunia.

Sumber: DOTA2TI

#TI10 #StayCrew #ThunderGG

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

TI10: Thunder Predator, Quincy Crew di ambang penyingkiran.

Hari kedua The International 10 tamat awal pagi dengan menyaksikan 2 pasukan dari benua Amerika, Thunder Predator dan Quincy Crew menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan kumpulan A

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

BOOM Esports Juara BTS Pro Series 8 SEA

[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you