Home GAMING | ESUKAN Dota 2 TI11: BetBoom dan Hokori muncul juara pusingan kelayakan Eropah Timur dan Amerika...

TI11: BetBoom dan Hokori muncul juara pusingan kelayakan Eropah Timur dan Amerika Selatan..

7

[#DOTA2] Pasukan BetBoom dan Hokori berjaya layak ke kejohanan dunia The International buat kali yang pertama selepas berjaya menjuarai pusingan kelayakan Eropah Timur (EEU) serta Amerika Selatan (SA).

Pasukan BetBoom dan Hokori berjaya layak ke kejohanan dunia The International buat kali yang pertama selepas berjaya menjuarai pusingan kelayakan Eropah Timur (EEU) serta Amerika Selatan (SA).
Pasukan BetBoom dan Hokori berjaya layak ke kejohanan dunia The International buat kali yang pertama selepas berjaya menjuarai pusingan kelayakan Eropah Timur (EEU) serta Amerika Selatan (SA).

Lebih menarik lagi, kedua-dua pasukan telah menang bergaya dengan menyapu bersih 3-0 menewaskan lawan masing-masing di peringkat akhir.

BetBoom bertemu dengan pasukan Outsiders yang sememagnya menjadi pasukan pilihan bagi rantau tersebut yang hanya kekurangan 0.5 mata DPC sahaja untuk layak secara automatik.

Rata-rata peminat DOTA 2 semestinya meramalkan pasukan yang dianggotai oleh Roman “RAMZES666” Kushnarev itu akan menang mudah namun sebaliknya berlaku.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Outsiders seakan-akan hilang punca terutama pada perlawanan yang ketiga selepas ketinggalan 0-2 pada ketika itu.

Kombo menarik Zeus dan Faceless Void yang dibawa masuk oleh ketua pasukan BetBoom, Akbar “SoNNeikO” Butaev telah membuahkan hasil dan hanya memerlukan 26 minit sahaja untuk meranapkan impian lawan mereka untuk mara ke kejohanan The International 11 itu nanti.

Walau bagaimanapun, mereka masih berpeluang untuk beraksi di kota Singa itu namun mereka terpaksa beraksi di pusingan Last Chance yang baru sahaja diperkenalkan pada edisi kali ini.

Skrip yang hampir sama juga berlaku dalam aksi akhir pusingan kelayakan Amerika Selatan dengan pasukan Hokori menutup peluang Infamous untuk beraksi di pentas The International secara terus.

Kemenangan bersih 3-0 semalam membuktikan bahawa rantau tersebut mempunyai ramai pemain yang berbakat besar dan boleh digilap di masa akan datang.

Gandingan Omniknight dan Huskar dalam peta yang kedua menjadi tumpuan dengan kedua-dua hero tersebut digunakan dengan cukup baik untuk membolehkan pasukan Hokori memimpin siri perlawanan dengan mata 2-0 sebelum menamatkannya dengan noktah yang cemerlang.

The International 2022 akan berlangsung pada bulan Oktober ini dengan menampilkan 20 pasukan termasuk pasukan yang bersaing dalam pusingan Last Chance nanti bagu merebut hadiah terkumpul yang dikhabarkan bakal mencecah puluhan juta USD.

Sumber: PGL

#TI11 #Hokori #BetBoom

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!