GAMING | ESUKAN Dota 2 Ti9 Hari ke 2 Main Stage: OG dan EG...

Ti9 Hari ke 2 Main Stage: OG dan EG top 6, RNG dan Team Liquid mara

-

[#DOTA2] [#TI9] Hari kedua di Main Stage The International menjadi lebih hangat dimana juara bertahan OG Esports mara ke Semi Final Upper Bracket. Evil Geniuses juga mengalahkan pasukan favorit Team Secret untuk bertemu dengan OG di pusingan seterusnya.

Hari kedua mendatangkan 2 perlawanan Upper Bracket dan juga dua perlawanan Lower Bracket. Lower bracket diantara TNC Predator melawan Virtus Pro dan juga TNC Predator melawan Team Liquid.

Jadual Hari kedua Main Stage Ti9:

Perlawanan Kumpulan Masa
OG Esports vs Newbee Upper Bracket BO3 10 AM
Team Secret vs Evil Geniuses Upper Bracket BO3 1 PM
Virtus Pro vs Royal Never GiveUp Lower Bracket BO1 3ย  PM
TNC Predator vs Team Liquid Lower Bracket BO1 7 PM

 

OG Esports vs Newbee

Perlawanan pembukaan hari kedua diantara OG Esports dengan Newbee menghangatkan pentas Ti9 dimana OG esports menang dengan agak mudah. Bekas juara Ti8 itu diberi kelebihan untuk memilih pihak lawan kerana menjuarai pusingan kumpulan itu memilih pasukan Newbee rata-rata pasukan lawan yang agak lemah.

Di dalam perlawanan pertama, OG esports memilih hero IO untuk pemain utama mereka Ana. Ternyata walaupun lebih 4 kali pemilihan hero itu, Newbee masih lagi tidak mendapat rentak untuk mengalahkan pasukan OG Esport dengan hero yang sama.

OG esports Foto Valve

Perlawanan pertama dengan combo Io-Bristleback membuatkan pasukan OG esports menang mudah. Newbee seakan-akan dibuli di perlawanan pertama ini dimana pasukan OG esports masuk kedalam kawasan Foutain pihak lawan.

Di perlawanan kedua pula kita dapat lihat pemain midlaner Newbee – CCNC sebagai hero signature beliau Ember Spirit. Walaupun pemain utama Newbee itu memilih hero yang agak selesa untuk beliau tarungkan, ternyata seperti beliau bermain seorang diri menentang OG Esports yang lebih mantap dari segi kerjasama pasukan.

Evil Geniuses Vs Team Secretย 

Boleh dikatakan perlawanan kedua untuk hari ke2 di pentas The International ini sebagai Clash of The Titan dimana pertemuan Top Tier Dota 2 iaitu Evil Geniuses melawan Team Secret. Team Secret yang juga diwakili pemain negara Midone sebagai pemain Midlaner mereka membuatkan peminat Dota 2 tanah air untuk menyokong pasukan berkenaan.

Arteezy Foto Valve

Perlawanan pertama boleh dikatakan agak sama dari segi drafting tetapi permainan pasukan Evil Geniuses lebih kemas dan padat membuatkan mereka mengawal permainan. Pemain utama Evil Geniuses Arteezy sebagai Sven amat mantap sekali memenangkan mereka di perlawanan yang pertama.

Perlawanan kedua diantara pasukan Team Secret dengan Evil Geniuses merupakan antara perlawanan yang paling menarik dan hangat diseluruh pertandingan The International 9 setakat ini.

Jika kita lihat draft buat kedua-dua pasukan ini penuh dengan Ulti yang Aoe seperti Tidehunter, Enigma, Invoker, Earthshaker dan juga Crytal Maiden. Sejak permulaan perlawanan lagi kita dapat mengagak perlawanan akan menjadi menarik dengan pemain bertaraf dunia memainkan hero-hero tersebut.

Lihat sahaj apabila ade perlawanan atau Team fights, penuh dengan aksi dan juga skill-skill hero yang dilemparkan di medan perang. Pemain utama Team Secret Nisha juga agak gemuruh menentang Evil Geniuses kerana sering melakukan kesilapan.

Pemain negara MidOne juga tidak beraksi dengan baik sehingga lah disaat-saat akhir dimana permainan beliau sebagai Invoker membenam Evil Geniuses ke alam lain. Team Secret menang perlawanan kedua.

Evil Geniuses terus bangun untuk perlawanan ke-3 dimana Arteezy bermain sebagai Phantom Assassin combo bersama Magnus Crit. Phantom Assassin yang dimainkan dengan penuh cermat, agak fat diawal masa dengan Satanic build memenangkan Evil Geniuses terus melayakkan mereka ke pusingan SemiFinal Upper Bracket.

MIdone jatuh ke lower bracket Foto Valve

Royal Never GiveUp vs Virtus Pro

Pasukan tuan rumah RNG mungkin datang sebagai pasukan underdog menerusi pusingan kelayakan rantau China dimana Virtus Pro melayakkan diri menerusi mata DPC. Akan tetapi, bermain di rumah sendiri ternyata memberi semangat yang luar biasa kepada mereka.

Sorakan yang amat kuat apabila mereka diperkenalkan:

Pemain posisi 4 pasukan RNG juga merupakan pemain negara iaitu AhFu beraksi dengan penuh cemerlang sekali tambah dengan kesilapan yang terlalu banyak oleh pasukan Virtus Pro memenang RNG di perlawanan pertama.

Pasukan tuan rumah RNG bermain dengan bersungguh-sungguh tanpa kesilapan membuatkan mereka mengawal permainan. Pasukan VIrtus Pro seperti mengambil mudah pasukan RNG menyebabkan mereka tewas secara tidak langsung tersingkir dari pentas Ti9!

NOONE Virtus Pro Foto Valve

TNC Predator vs Team Liquidย 

Kapten pasukan Team Liquid Kuroky merupakan pemain otai kerana beliau hadir sebagai pemain di seluruh pentas The International sejak Ti1 yang dijuarai Natus Vincere lagi. Team Liquid juga merupakan pasukan yang menjuarai Ti7 dua tahun lepas.

TNC Predator pula pada tahun ini menggunakan khidmat Heen sebagai jurulatih yang merupakan jurulatih Team Liquid sebelum ini. Walaupun menggunakan bekas jurulatih Team Liquid itu, TNC Predator tumpas di perlawanan pertama.

Perlawanan kedua dengan Miracle pemain star Team Liquid sebagai Anti Mage pasti membawa resah kepada TNC predator. Permainan push tower oleh Team Liquid membuatkan TNC serba tidak tentu arah. Permainan Anti Mage Miracle yang mantap memastikan Team Liquid menang bersih 2-0 terhadap TNC Predator.

Dipenghujung permainan, barisan hero TNC Predator tidak boleh mengawal Anti Mage Miracle. Double Ravage oleh GH menghabiskan permainan. TNC predator tersingkir.

Kedudukan selesai hari kedua:

Main Stage hari pertama:

Ti9 Main Stage: LGD, VICI top 6, Fnatic, Keen, Alliance dan NaVi tersingkir

Jadual penuh lihat sini:

TI9: masa, saluran siaran langsung dan jadual penuh perlawanan

#TI9Schedule #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkiniย The International 9ย dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' ร…strรถm dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Chaos EC | Saberlight tidak diserap masuk selepas Dota Summit

Kelab esukan Chaos EC melepaskan pemain posisi 3 mereka - Saberlight- selepas kejohanan Dota Summit 11 yang baru sahaja selesai minggu lepas.

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you