GAMING | ESUKAN Dota 2 Ti9 Hari ke 3 Main Stage: Infamous, Secret mara,...

Ti9 Hari ke 3 Main Stage: Infamous, Secret mara, LGD, OG Top 3 dan Ogre Arcana

-

[#DOTA2] [#TI9] Rumusan Hari ke3 Main Stage The International menampakkan pasukan Amerika Selatan pertama mara ke top 8 The International 9 – Infamous Gaming. Team Secret berjaya menundukkan Mineski, PSG LGD benam VICI gaming dan Evil Geniuses masih tidak dapat mangalahkan OG esports

Jadual Hari Ketiga Main Stage

Perlawanan Kumpulan Masa
Infamous Gaming vs Newbee LowerΒ  Bracket BO3 10 AM
Team Secret vs Mineski Lower Bracket BO3 1 PM
PSG.LGD vs VICI Gaming Upper Bracket BO3 6Β  PM
OG esports vs Evil Geniuses Upper Bracket BO3 9Β  PM

 

Infamous vs Newbee

Newbee mungkin mempunyai pemain yang lebih berpengalaman di pentas The International menjadikan mereka diramalkan untuk mara. Ternyata semangat pasukan Amerika Selatan itu lebih dan membuatkan mereka menang 2-1 keatas Newbee.

Newbee Foto Valve

Perlawanan yang pertama dapat kita saksikan banyak kesilapan yang dibuat oleh pasukan Newbee itu sendiri. Pemain utama Newbee, CCNC buyback di pertarungan terakhir semata-mata untuk mati kembali tanpa memberi apa-apa impak kepada Infamous.

Newbee kembali di perlawanan kedua dimana CCNC membuktikan bahawa beliau masih relevan dan berada seangkatan dengan top tier midlaner yang lain.

Permainan yang kemas dari wakil tunggal rantau Amerika selatan itu membuatkan Newbee seperti hilang punca dan terus menang di perlawanan ke 3.

Team Secret vs Mineski – Pertarungan diantara dua pemain negara Malaysia

Seperti yang kita tahu, Team Secret datang ke pentas The International sebagai juara Mata DPC dimana Mineski layak ke Ti9 ini menerusi pusingan kelayakan rantau SEA. Pemain midlaner Team Secret, Midone bertarung dengan pemain midlaner Mineski Moon dimana kedua-duanya dari Malaysia.

Berbekalkan pemain Core terbaru NikoBaby, Mineski menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang Ti9.

Perlawanan pertama sangat menarik kerana Team Secret ternyata sudah kalah dari segi kawalan permainan. Midone sebagai meepo membuktikan bahawa ada sebab mengapa beliau antara Midlaner terbaik dunia, dengan kawalan micro terbaik, mengalahkan pasukan Mineski.

Team Secret kembali selepas Mineski mendapat Mega Creep dengan sekali push comeback.

Kata-kata semangat dari jurulatih pasukan Mineski yang juga merupakan Lagenda Dota 2 negara – Mushi membuatkan Mineski kembali di perlawanan ke-2.

Mineski nyaris-nyaris mengulangi kesilapan di perlawanan pertama kerana Team Secret nyaris mendapat comeback yang mereka mahukan, tetapi permainan mantap Nikobaby memenangkan Mineski di perlawanan ke-2

Kesilapan besar dilakukan oleh pemain posisi 4 Team Secret – YapZor, Chrono pasukan sendiri antara sebab Mineski menang perlawanan kedua ini.

Nisha kembali di perlawanan ke 3 sebagai Faceless Void dengan YaPzor Rubick berbekalkan permainan mantap Midone sebagai Tiny menang perlawanan ke-3.

NikoBaby Foto Valve

Tetapi Mineski tidak mudah tunduk kerana Team Secret bertungkus lumus dan bukan sewenang-wenangnya menang.

PSG.LGD vs VICI Gaming

Perlawanan Upper Bracket diantara dua pasukan ini amat dinantikan oleh penonton tempatan. PSG.LGD dan VICI gaming merupakan dua pasukan China yang sering bergilir ganti memenangi Major dan juga pertandingan Dota 2.

Perlawanan pertama yang mantap daripada Ame – pemain utama LGD sebagai TerrorBlade memastikan game 1 milik LGD.

Pemilihan hero Spectre di game 2 ternyata pemilihan yang bijak dimana LGD kekal momentum untuk sapu bersih 2-0 keatas VICI gaming. VICI Gaming kalah dan jatuh ke lower bracket. PSG.LGD hanya satu perlawanan sahaja lagi untuk ke pentas final 2 tahun berturut-turut dengan roster yang sama.

LGD and VICI Foto Valve

Xnova merupakan pemain Malaysia terakhir yang masih berada di pentas The International 9 Upper Backet, manakala Midone dan Ahfu berada di pusingan kalah mati.

Evil Geniuses vs OG Esports

Perlawanan diantara Evil Geniuses bertemu OG Esports antara perlawanan Clash Of The Titan kerana dua pasukan ini mempunyai sejarah yang panjang di dunia Dota 2 ini. Pemain Evil Geniuses Fly, S4 dan juga Crit merupakan bekas pemain OG Esports yang pernah sebelum ini sepasukan dengan Kapten OG iaitu Notail.

Sumail Foto Valve

S4 dan Fly meninggalkan pasukan OG hanya 2 bulan sebelum Ti8 membuatkan Notail rasa seperti ditinggalkan. Namun kemasukan Topson sebagai Midlaner dan Ceb yang sebelum ini sebagai jurulatih kedalam roster, mereka juarai Ti8.

Perlawanan pertama yang agak mudah buat Evil Geniuses dimana pemain utama EG Arteezy – Free Farm sebagai Terrorblade antara hero Signature beliau membenam pasukan OG esports !

Sering bertukar tips apabila salah satu pemain mati menjadi lebih tegang buat kedua-dua pasukan ini.

Perlawanan kedua, pemain utama Evil Geniuses sekali lagi bermain sebagai TerrorBlade tetapi kali ini tidak menjadi. Ini kerana, OG tidak mengulangi kesilapan di game 1 dimana memberi farm yang selesa, malah Topson dan Jerax membuli RTZ di awal permainan.

Pemain utama OG – Ana sebagai Void membenam pasukan Evil Geniuses di saat akhir perlawanan.

Perlawanan ke3 kita dapat lihat buat pertama kali RTZ sebagai Anti Mage. Sekali lagi pemain Offlane OG esports Ceb sebagai Echantress. Farm yang agak lambat oleh RTZ dan juga fasa permainan yang laju dari OG memastikan mereka menang dan membuli Evil Geniuses di game 3.

OG Esports akan menentang PSG.LGD dimana kita akan lihat rematch Ti8 Final di Final Upper bracket.

Rumusan Hari kedua:

Ti9 Hari ke 2 Main Stage: OG dan EG top 6, RNG dan Team Liquid mara

Jadual penuh lihat sini:

TI9: masa, saluran siaran langsung dan jadual penuh perlawanan

#TI9Schedule #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkiniΒ The International 9Β dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

TNC Predator | KUKU dan Eyyou dilepaskan

[#DOTA2] Kelab esukan gergasi SEA - TNC Predator lepaskan dua pemain DOTA 2 mereka iaitu Carlo "Kuku" Palad dan juga NicoΒ "eyyou" Barcelon.

Liga Fantasi Sentrum : WILDCARD UPDATED!

WILDCARD LINE-UP Version 2 Tidak perlu terkejut sangat guys. Nama pon WILDCARD. Bagi korang yang penah gune WILDCARD ni...

ONE PIECE STAMPEDE | Tiket Boleh Didapati Hari ini!

Berita baik buat peminat-peminat One Piece, GSC Malaysia umum penjualan awal tiket Filem Anime One Piece Stampede yang bermula hari ini.

Must read

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

Berlin Major: Peringkat Legends tamat, kini Peringkat Champions bermula – 8 pasukan mara

[#BerlinMajor] Peringkat Legends kini tamat tanda peringkat Champions kini bermula - 8 pasukan mara dan 8 pasukan pulang.

You might also likeRELATED
Recommended to you