GAMING | ESUKAN Dota 2 Ti9 Main Stage: LGD, VICI top 6, Fnatic, Keen,...

Ti9 Main Stage: LGD, VICI top 6, Fnatic, Keen, Alliance dan NaVi tersingkir

-

[#DOTA2] [#TI9] Rumusan hari pertama di Main Event The International 9 bermula dengan upacara pembukaan yang meriah dan menjadi hari dimana 2 perlawanan Upper Bracket dan juga 4 perlawanan Lower Bracket.

2 Perlawanan Upper Bracket hasil daripada pasukan yang mendapat 4 tempat teratas di kumpulan masing-masing dimana pasukan yang menang terus kepusingan round 16 dan yang kalah akan jatuh ke Lower Bracket.

Jadual Hari pertama:

Perlawanan Kumpulan Masa
PSG LGD vs Virtus Pro Upper Bracket BO3 11 AM
VICI Gaming Vs TNC Predator Upper Bracket BO3 1.30 PM
Alliance vs RNG Lower Bracket BO1 3.40 PM
Fnatic vs Team Liquid Lower Bracket BO1 5.40 PM
Infamous vs Keen Gaming Lower Bracket BO1 6.30 PM
Mineski vs Natus Vincere Lower Bracket BO1 10 PM

 Pembukaan The International 9 sangat meriah dengan persembahan daripada karyawan China yang menengahkan pakaian asli negara China dan juga alat musik dari negara itu. Dalam acara pembukaan juga kita dapat melihat pasukan OG Esports memulangkan kembali Aegis of Immortal yang dimenangi pada tahun lepas untuk dipertandingkan semula pada tahun ini.

Perlawanan pembukaan PSG.LGD vs Virtus Pro 

Selepas upacara pembukaan yang lengkap dengan ucapan Gaben, perlawanan pertama dibuka dengan pasukan tuan rumah PSG.LGD yang juga salah satu pasukan wakil dari pemain negara Xnova bertemu dengan gergasi Russia Virtus Pro.

Beberapa langkah yang bijak dari pemain PSG.LGD Chalice dan kesilapan yang dilakukan oleh pemain Virtus.Pro membuatkan PSG.LGD memenangi siri perlawanan 2-0 keatas pasukan dari negara Russia itu.

TNC Predator vs VICI Gaming

Perlawanan di antara TNC Predator dapat dilihat sebagai antara perlawanan yang dinantikan kerana penyokong VICI Gaming ingin membalas dendam akan sikap pemain TNC Predator – KUKU yang dituduh Racist sebelum ini. Jika diperhatikan, setiap kali TNC.Kuku dijatuhkan, peminat di stadium akan bersorak seperti sudah lama menyimpan dendam.

VICI Gaming menang dengan siri 2-1 dimana TNC Predator memenangi perlawanan pertama agak mengejutkan ramai pihak termasuk peminat tuan rumah itu sendiri.

Perlawanan Lower Bracket

Royal Never GiveUp vs Alliance

RNG bertemu dengan bekas juara The International 3 Alliance di pusingan kalah mati Lower Bracket menjadi penanda pasukan pertama yang akan pulang di hari pertama Main Stage Ti9.

Format best of 1 dimana setiap pasukan di Lower Bracket hari ini bermaian hanya satu permainan sahaja.

Pemain negara Ahfu yang juga pemain Support untuk pasukan RNG tidak memberi peluang kepada pasukan Alliance untuk mara kepusingan seterusnya di pentas The International.

RNG menang tipis keatas pasukan Alliance secara tidak langsung menghantar pasukan Alliance pulang lebih awal dari sepatutnya.

Alliance Pasukan ke-3 pulang dan tersingkir dari Ti9, FOTO VALVE

Team Liquid vs Fnatic 

Team Liquid mulakan pertandingan The International 9 mereka dengan tidak begitu baik termasuklah pasukan SEA Fnatic. Kedua-dua pasukan itu bertarung di Lower Bracket untuk survival masing-masing supaya tidak pulang di hari pertama Main Event Ti9 ini.

Fnatic Pasukan ke-4 pulang dan tersingkir dari Ti9, FOTO VALVE

Boleh dikatakan pasukan Favorit Team liquid yang juga Finalis pertandingan Major terakhir DPC menetang VICI gaming itu memberikan prestasi yang terbaik menetang Fnatic. Team Liquid menang mudah keatas Fnatic setelah kesilapan yang dilakukan oleh pemain Fnatic DJ sebagai Enigma.

Keen Gaming vs Infamous  

Infamous merupakan pasukan underdog dari wilayah / Rantau Amerika Selatan yang tidak diambil serius oleh kebanyakan pasukan Tier 1 di pentas The International. Pertemuan dengan salah satu pasukan tuan rumah Keen Gaming tidak menghilangkan semangat mereka untuk berikan yang terbaik.

Keen Gaming Pasukan ke-5 pulang dan tersingkir dari Ti9, FOTO VALVE

Keen Gaming kalah kepada pasukan SA itu setelah antara pemain Core Infamous Hector bermain hero signature beliau Wraith King mendominasi perlawanan. Pilihan hero core pertama Phantom Assassin tidak menjadi buat pasukan Keen Gaming dan mereka merupakan pasukan tuan rumah berasal dari China yang pertama tersingkir dari pentas The International 9.

Natus Vincere vs Mineski

Natus Vincere merupakan pasukan yang popular dan juga terbaik di dalam dunia Dota 2 sejak esukan ini muncul. Pasukan yang pertama menjadi juara Ti1 bersama lagenda Dota Dendi ini menjadi semakin hilang arah setelah roster pasukan itu berubah-ubah.

Kini Natus Vincere cuba mengharumkan kembali nama pasukan gergasi CIS ini dengan layak ke The International buat pertama kali tanpa Dendi.

Mineski pula datang ke pentas The International bersama jurulatih negara Mushi yang juga lagenda Dota 2 mengharapkan kelainan untuk mara kepusingan seterusnya.

Natus Vincere kalah kepada pasukan Mineski dalam perlawanan yang agak sengit walaupun NaVi sudah berjaya menyentuh Throne pasukan mineski.

Natus Vincere Pasukan ke-6 pulang dan tersingkir dari Ti9, FOTO VALVE

Kedudukan selepas hari pertama:

Jadual Hari Kedua Acara Utama ESOK :

Perlawanan Kumpulan Masa
OG Esports vs Newbee Upper Bracket BO3 10 AM
Team Secret vs Evil Geniuses Upper Bracket BO3 1 PM
Virtus Pro vs Royal Never GiveUp Lower Bracket BO1 3  PM
TNC Predator vs Team Liquid Lower Bracket BO1 7 PM

 

Jadual penuh lihat sini:

TI9: masa, saluran siaran langsung dan jadual penuh perlawanan

Rumusan hari keEmpat:

TI9: RECAP Hari Keempat, Rumusan peringkat kumpulan

Rumusan hari ketiga:

TI9: RECAP Hari Ketiga, pemain negara vtFaded bersama Chaos EC tersingkir

Rumusan Hari Kedua:

TI9: RECAP Hari Kedua, OG ANA carry IO, Arteezy 5 vs 1 Rampage

Rumusan Hari Pertama:

TI9: RECAP Hari Pertama, Yapzor invoker, Taiga Aegis Snatch dan w33 Rampage

#TI9Schedule #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini The International 9 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

TNC Predator | KUKU dan Eyyou dilepaskan

[#DOTA2] Kelab esukan gergasi SEA - TNC Predator lepaskan dua pemain DOTA 2 mereka iaitu Carlo "Kuku" Palad dan juga Nico "eyyou" Barcelon.

Liga Fantasi Sentrum : WILDCARD UPDATED!

WILDCARD LINE-UP Version 2 Tidak perlu terkejut sangat guys. Nama pon WILDCARD. Bagi korang yang penah gune WILDCARD ni...

ONE PIECE STAMPEDE | Tiket Boleh Didapati Hari ini!

Berita baik buat peminat-peminat One Piece, GSC Malaysia umum penjualan awal tiket Filem Anime One Piece Stampede yang bermula hari ini.

Must read

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

Berlin Major: Peringkat Legends tamat, kini Peringkat Champions bermula – 8 pasukan mara

[#BerlinMajor] Peringkat Legends kini tamat tanda peringkat Champions kini bermula - 8 pasukan mara dan 8 pasukan pulang.

You might also likeRELATED
Recommended to you