GAMING | ESUKAN Dota 2 Ti9: OG benam PSG.LGD tempah tempat di Pentas Akhir...

Ti9: OG benam PSG.LGD tempah tempat di Pentas Akhir 2 kali berturut-turut

-

[#DOTA2] [#TI9] PSG LGD sekali lagi hampa tidak dapat mendominasi pasukan OG Esports di pentas The international.

Perlawanan kedua di hari ke-5 ini kita dapat lihatTi8 Final rematch diantara PSG.LGD dengan OG Esports. Pasukan tunggal tuan rumah yang masih di pentas The International 9 ini mendapat sokongan kuat dari peminat tempatan.

Di perlawanan pertama, selain beberapa masalah teknikal, PSG.LGD dan OG esports masing-masing mengawal permainan dengan baik di awal dan pertengahan permainan. Namun kesilapan Ana yang tumbang memberi peluang kepada PSG.LGD untuk naik ke highground.

Sedang PSG.LGD push di highground, OG Esports kelihatan seperti panik dimana beberapa pemain core OG mati kemudian buyback hanya untuk mati kembali. Ana Void kembali ke perlawanan dan mati dengan begitu cepat membuatkan PSG.LGD membuat keputusan untuk terus ke throne.

LGD menang game 1.

OG kembali di game 2 dengan memilih Alchemist untuk permain utama mereka ANA. ANA menunjukkan permainan yang sangat luar biasa. Farm yang mantap dari Ana beri ruang kepada pasukan OG untuk membuli PSG.LGD di perlawanan kedua.

Strat yang dimainkan oleh OG Esports ternyata menjadi di perlawanan kedua dimana 4+1 iaitu 4 pemain membantu Ana untuk mengamuk dibarisan hadapan. Pada masa yang sama memberikan impak dari segi damage terhadap pasukan lawan.

Sekali lagi pemilihan hero Alchemist buat pemain utama OG Esports Ana dengan harapan dapat mengulangi perlawanan kedua. Kali ini, pemain posisi 3 OG Esports Ceb sebagai Legion Commander mengubah cara permainan OG.

PDG.LGD Ame sebagai Slark memberikan impak yang tinggi didalam perlawanan ke-3 ini. Permainan mantap dari Chalice sebagai Sand King  yang sentiasa burrowstrik 2-3 hero pihak lawan amat membantu PSG.LGD di perlawanan ke-3.

OG grand finalist pertama 2 tahun berturut-turut Foto Dota 2

Akan tetapi, OG ana Alchemist terlalu kuat untuk pasukan PSG.LGD kawal.

OG Esports menang didalam siri 2-1 keatas PSG.LGD dan menjadi pasukan pertama menjadi Grand Finalist untuk dua tahun berturut-turut.

 Lihat Jadual penuh disini:

TI9: masa, saluran siaran langsung dan jadual penuh perlawanan

#TI9Schedule #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini The International 9 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih. 

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

TNC Predator | KUKU dan Eyyou dilepaskan

[#DOTA2] Kelab esukan gergasi SEA - TNC Predator lepaskan dua pemain DOTA 2 mereka iaitu Carlo "Kuku" Palad dan juga Nico "eyyou" Barcelon.

Must read

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

You might also likeRELATED
Recommended to you