GAMING | ESUKAN Dota 2 TI9: RECAP Hari Kedua, OG ANA carry IO, Arteezy...

TI9: RECAP Hari Kedua, OG ANA carry IO, Arteezy 5 vs 1 Rampage

-

[#DOTA2] [#TI9] TI9: RECAP Hari Kedua, OG Ana carry IO, Arteezy 5 vs 1 Rampage

Hari kedua The International 9 tidak kurang hebatnya untuk dibandingkan dengan hari pertama. Banyak draft yang berbeza dan perlawanan yang sangat menarik kita dapat lihat dari semua pasukan tidak kira top tier atau low tier.

TI9 Hari Kedua, FOto Valve

Prestasi buruk TEAM LIQUID

Team Liquid antara favorit untuk mengulangi kemenangan mereka di The International 7 dengan pertambahan pemain baru iaitu Aliwi W33 Omar. Tetapi setelah dua hari, prestasi Team Liquid tidak seperti yang dijangka dengan mata 3-7, 3 menang dan 7 kalah – kini berada di tangga ke 7 di kumpulan A.

Team Liquid kalah bersih dengan pasukan tuan rumah PSG LGD 2-0 walaupun didalam perlawanan kita dapat lihat permainan yang stabil dari pasukan Team Liquid. Ternyata pemain negara XnoVa lebih layak menang di perlawanan itu.

OG ANA memilih hero support IO sebagai post Carry

OG membuat kejutan terhadap pihak lawan Ninjas in Pyjamas dengan memilih IO sebagai Carry!  OG membuat keputusan itu bukan hanya untuk perlawanan yang pertama, tetapi kedua-dua perlawanan menentang Ninjas in Pyjamas, mereka memutuskan untuk terus menggunakan IO sebagai Carry untuk ANA.

Kalau kita lihat dalam permainan awal, pemilihan IO sebagai Carry seperti tidak menjadi kerana Ninjas in Pyjamas dapat mengawal situasi permainan di bahagian awal perlawanan.

Tetapi pemainan yang kemas dan penjagaan Net worth oleh Treant Protector, Axe dan juga Windranger membuatkan ANA diberi ruang untuk kembali mendapat rentak permainan seterusnya carry the game untuk OG Esports.

MINESKI Benam Chaos Esports 2-0

Mineki merupakan pasukan underdog dan tidak ramai yang menyangka pasukan dari SEA ini akan menyerlah di TI. Ternyata pendapat itu silap dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan ini dimana pemain negara Kam “Moon” Seng’s tunjuk belang semasa berlawan dengan Chaos EC.

Mineski Moon sebagai Lina dengan built pure damage membenam pertahanan Chaos EC dengan mudah di bahagian akhir perlawanan menunjukkan beliau antara pemain Midlaner bertaraf dunia.

Evil Geniuses kembali bernafas 

Peminat Evil Geniuses #Bleedblue pasti hampa selepas hari pertama berlalu dengan keputusan yang sangat tidak memberangsangkan dimana kalah 5 game di dalam 6 perlawanan. Termasuklah perlawanan pembukaan hari kedua dimana EG bertemu dengan Arch Rival OG Esports dimana bekas juara TI8 itu mengalahkan EG dengan mudah.

Pasukan gergasi rantau North America itu kembali menunjukkan belang apabila bertemu dengan pasukan mediocre China Royal Never GiveUp yang juga mempunyai pemain negara iaitu AhFu.

Syed SUMAIL Hassan pemain Midlaner EG mendominasi perlawanan di bahagian awal membawa kepada kawalan kemas oleh pasukan.

Permainan kemas di awal game oleh Sumail memberi Arteezy, pemain Carry Evil Geniuses ruang untuk bernafas dan farm untuk mengalahkan pemain Carry RNG iaitu Monet dengan heronya Faceless Void.

Pasukan gergasi Russia, Virtus Pro kalah teruk dengan pasukan no 1 China Vici Gaming tidak mengoyahkan persiapan Evil Geniuses untuk bertemu dengan mereka di siri terakhir hari kedua.

Evil Geniuses menunjukkan belang mereka dengan menang dua kosong kepada VICI Gaming dan ini mengejutkan ramai pihak termasuk peminat dan juga caster yang ada.

Prestasi Vici Gaming menunjukkan mereka berada di atas dan dibandingkan dengan prestasi buruk Evil Geniuses, ramai menjangkakan EG akan kalah teruk, tetapi permainan kemas EG menyangkal pendapat semua pihak.

Arteezy menyerlah seperti sinar matahari di tengah hari di perlawanan pertama dengan hero pilihan Morphling dan juga di perlawan kedua dengan hero pilihan Lifestealer aka Naix.

Arteezy dengan hero Lifestealer bertukar menjadi Goku Super Saiya apabila beliau seorang membunuh kelima-lima pemain Vici Gaming di penghujung game kedua itu.

REAKSI JURULATIH EG – BULBA

Jika kita lihat, Arteezy sudah seakan terperangkap dan cuba melarikan diri dengan Infest kedalam Sandking pemain Offlane EG – S4. S4 cuba melarikan diri tetapi Vici Gaming Ori sebagai Medusa membuang segala MANA yang ada membuatkan Sandking S4 tidak dapat berbuat apa-apa selain redha akan kematian nya.

Matinya SandKing S4 membuatkan Arteezy terpaksa keluar dan sepatutnya lari pulang kerana sekarang, sudah menjadi situasi 5 lawan 1, tetapi tidak, Arteezy mungkin berkata didalam hati, cukup lah EG dibuli dihari pertama maka beliau lawan dan tidak melarikan diri.

Arteezy Foto Evil Geniuses

Tidak disangka-sangka, mungkin dengan niat untuk membunuh 2 atau 3 hero lawan, sebaliknya Arteezy membunuh kelima-lima pemain Vici Gaming dan terus perkara ini menjadi fenomena di hari kedua.

Anda boleh lihat DISINI untuk semua berita tentang The International 9 !

5 skrin dalam satu laman untuk anda menikmati peringkat kumpulan boleh lihat sini:

TI9: masa, saluran siaran langsung dan jadual penuh perlawanan

#TI9Schedule #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini The International 9 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you