GAMING | ESUKAN Dota 2 TI9: RECAP Hari Pertama, Yapzor invoker, Taiga Aegis Snatch...

TI9: RECAP Hari Pertama, Yapzor invoker, Taiga Aegis Snatch dan w33 Rampage

-

[#DOTA2] [#TI9] RECAP Hari Pertama – Yapzor invoker, Taiga Aegis Snatch dan w33 Rampage

RECAP hari pertama, tangga peringkat kumpulan dan jadual hari ini.

The International 9 bermula semalam dengan penuh kejutan walaupun baru hari pertama. 18 pasukan bertanding menunjukkan prestasi yang lain dari sebelum ini dan untuk TI kali ini, pemilihan hero dan juga cara permainan juga agak stabil.

Day 1 Highlights Video

Di bawah adalah kedudukan selepas hari pertama berakhir:

TI9 Tangga kumpulan hari pertama, Foto Wykrhm

TEAM SECRET VS ALLIANCE

Salah satu perlawanan yang menjadi tumpuan adalah Team secret bertemu dengan Alliance. Team Secret merupakan pasukan teratas di mata DPC liga dan antara pasukan favorit untuk memenangi TI9.

Pemain core Team Secret – Nisha bermain di TI buat kali pertama dimana kapten pasukan Clement “Puppey” Ivanov merupakan Old Time dimana sudah bermain di semua TI.

Prestasi yang tidak begitu baik daripada Nisha diganti dengan permainan yang sangat baik dari kapten Puppey dan juga pemain negara Yeik “MidOne” Nai Zheng menyelamatkan keadaan. MidOne Broodmother menguasai permainan.

Taiga Aegis Snatch juga menjadi tumpuan untuk permainan itu.

Team Secret juga mengejutkan semua pemain dengan Yazied “YapzOr” Jaradat sebagai Invoker 4th Pos Support. Jarang kita melihat Invoker sebagai pemain bantuan dimana Invoker terkenal sebagai Hero Midlane.

YAPZOR INVOKER HIGHLIGHT

TEAM LIQUID VS CHAOS ESPORTS CLUB

Team Liquid menjadi tumpuan di TI9 kerana kehebatan pemain-pemain mereka tetapi pada hari pertama, prestasi Team Liquid tidak begitu menyengat.

Antara sebab Team Liquid bertemu dengan Chaos EC menjadi tumpuan adalah kerana Team Liquid bertemu dengan bekas pemain utama mereka iaitu Lasse Aukusti “MATUMBAMAN” Urpalainen.

MATUMBAMAN bermain sebagai Lone Druid membuatkan ramai peminat jangka Chaos akan menang tetapi Aliwi “w33” Omar’s pemain yang menggantikan tempat beliau di Team Liquid memilih Meepo sebagai Hero terakhir.

Chaos EC draft tidak mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan w33 meepo membuatkan Team Liquid membenam Chaos EC 2-0.

TEAM SECRET VS TEAM LIQUID

Clash of The Titan sesuai buat dua pasukan ini kerana mereka antara pasukan dan pemain yang menunjukkan permainan diluar jangkaan setiap kali berjumpa.

Permainan yang pertama dapat kita melihat kapten pasukan Kuro sangat mendominasi tetapi drafing yang bijak dari kapten pasukan Team Secret, membuatkan pemain kunci Team Liquid Mind_Control tidak dapat bermain dengan baik.

Pemain kedua Team Secret sekali lagi mengejutkan Team Liquid, MidOne sebagai Earthshaker!

Banyak lagi permainan yang berlaku di hari pertama tetapi hari kedua menjelang untuk lebih permainan menarik.

Anda boleh lihat DISINI untuk semua berita tentang The International 9 !

5 skrin dalam satu laman untuk anda menikmati peringkat kumpulan boleh lihat sini:

TI9 bermula esok, masa, saluran siaran langsung dan jadual penuh perlawanan

#TI9Schedule #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini The International 9 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you