Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Tiada nama 343 dan KYxY dalam roster terbaru Galaxy Racer.

Tiada nama 343 dan KYxY dalam roster terbaru Galaxy Racer.

327

[#DOTA2] Skuad DOTA 2 Galaxy Racer yang berpengkalan di Asia Tenggara telah mengumumkan roster terkini mereka tanpa kelibat pemain Malaysia iaitu Adam “343” Shah dan juga Lee “kYxY” Kong Yang.

Skuad DOTA 2 Galaxy Racer yang berpengkalan di Asia Tenggara telah mengumumkan roster terkini mereka tanpa kelibat pemain Malaysia iaitu Adam “343” Shah dan juga Lee “kYxY” Kong Yang.
Skuad DOTA 2 Galaxy Racer yang berpengkalan di Asia Tenggara telah mengumumkan roster terkini mereka tanpa kelibat pemain Malaysia iaitu Adam “343” Shah dan juga Lee “kYxY” Kong Yang. FOTO: Redbull

Perkara itu diumumkan oleh organisasi e-sukan tersebut di laman media sosial rasmi mereka semalam.

343 dan KYxY bukanlah asing dalam arena DOTA 2 professional Malaysia kerana kedua-duanya pernah menjejakkan kaki ke kejohanan dunia The International.

Setelah 8 bulan bersama Galaxy Racer sejak penubuhan skuad DOTA 2 itu, mereka berdua telah digantikan dengan bintang Indonesia, Muhammad “InYourDream” Rizky serta Tri “Jhocam” Kuncoro.

Rombakan ini dilakukan berkemungkinan disebabkan oleh prestasi yang kurang memuaskan sepanjang 2 musim liga DPC yang berlangsung tahun ini di mana mereka masih lagi berada di Div 2.

Kemasukan InYourDream yang boleh diklasifikasikan sebagai pemain teras terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara seberang itu mungkin dapat membantu pasukan dari segi pengalaman beraksi di peringkat professional antarabangsa.

Galaxy Racer bakal menghadapi saingan kelayakan benua Asia Tenggara bagi slot terakhir untuk kejohanan dunia The International dan dijadualkan berdepan laluan getir menentang beberapa pasukan terbaik benua tersebut.

Bagi 343 dan KYxY pula mereka masih mempunyai masa mencari pasukan yang baru sebagai agen bebas.

Sumber: Galaxy Racer

#GXR #DPC2021 #TI10

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!