GAMING | ESUKAN Dota 2 TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara...

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

-

[#Dota2] TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

TNC Gabbi Juara ESL One Hamburg Foto ESL

Roster baru TNC Predator yuang disertasi oleh Damien ‘Kpii’ Chok dari Mineski dan juga Park ‘ March’ Tae-won dari Fnatic membuah kan hasil. Pasukan dari rantau asia tenggara ini menunjukkan prestasi yang terbaik dari awal kejohanan lagi dimana mereka menjuarai peringkat kumpulan mereka dengan rekod hanya kalah satu perlawanan.

Pasukan Gambit Esports juga menunjukkan prestasi yang terbaik dimana pada hari yang sama, mereka mengalahkan pasukan Alliance untuk mara ke final bertemu dengan TNC Predator.

TNC Predator sudah bertemu dengan Gambit Esports di final Upper bracket dimana pasukan rantau Sea ini membenam pasukan dari Russia itu 2-0. Semangat untuk membalas dendam keatas TNC Predator di pentas final sudah pasti membuak-buak!

TNC Predator Juara ESL One Hamburg FOTO ESL

TNC Predator membenam pasukan Gambit Esports di perlawanan pertama dimana mereka menutup game tersebut kurang dari 22 minit sahaja! Permainan kemas dari Timothy ‘Tims” Randrup Enigma membuatkan pasukan Gambit susah untuk membuat game. Combo dengan BlackHole Tims,”Armel” Paul Tabios Outworld Devourer Sanity’s Eclipse membuatkan Gambit Esports terpaksa menyerahkan perlawanan pertama kepada TNC!

Game kedua pula Gambit Esports membalas dendam ke atas TNC Predator dimana Combo Batrider dan juga Grimstroke pilihan Maxim” Shachlo” Abramovskikh dan juga otai FNG Artiom Barshack jelas membuahkan hasil. Combo double Lasso tersangatlah menjadi keatas draft pilihan TNC dan jelas game kedua ini, TNC Predator outdrafted dengan pasukan Gambit Esports.

Permainan yang sangat kemas dari Danial Alibaev “XSvamp1Re” sebagai Earthshaker memeningkan lagi kepala TNC untuk bertahan. Gambit Esports menang game kedua.

Perlawanan menjadi lebih hangat apabila mata sekarang menjadi 1-1 dimana Gambit Esports telah pon bermain sebanyak 5 game dalam hari yang sama termasuk mengalahkan pasukan Alliance.

Game ke 3, TNC. Armel tunjuk belang dengan menggunakan hero Templar Assassin beliau dengan begitu garang sekali! Permainan yang kurang baik dari Juggernaut Dream Kiyalbek Tayirov juga punca Gambit Esports kecundang di game ke 3.

TNC kembali memenangi game ke3 dan kini mata sudah menjadi 2-1.

Game ke 4 tanda Gambit Esports tidak boleh untuk bermain lagi dimana jika TNC Predator menang, maka kejohanan ini tamat. Namun, Gambit Esports tidak mudah mengalah dan kembali ke game ke 4 ini dengan bergaya! Gambit.GPK Danil Skutin sebagai Lina tidak memberi peluang kepada TNC Predator lebih lebih lagi kepada pemain support mereka.

Gambit.GPK tunjuk bahawa beliau antara pemain tengah yang layak untuk mengawal permainan sebagai Lina di game yang ke 4 ini. TNC Predator sekali lagi memilih Enigma untuk TNC.Tims namun kali ini kurang berkesan.

Combo GPK dan Dream Lifestealer membenam TNC Predator sehingga kedalam fountain untuk game 4 ini jelas menunjukkan kita akan ke game yang ke5!

Pemilihan hero Bristleback untuk TNC.Gabbi dan juga Alchemist untuk TNC.Armel jelas menunjukkan bahawa TNC Predator ingin menang dan tidak main-main lagi. Outdrafted untuk game kelima dimana Dream Lifestealer seorang tidak dapat untuk mengawal permainan untuk Gambit Esports.

Gabbi dan juga Armel membuli dan membenam pasukan Gambit Esports di game kelima dan kurang dari 30 minit, Gambit menyerah kalah.

TNC Predator juara ESL One Hamburg dan juga kejuaraan pertama untuk pasukan rantau SEA ini di musim baru bersama dengan roster yang baru. Tahniah juga buat TNC.March kerana memenangi MVP kejohanan!

Boleh lihat sorotan perlawanan disini:

SUMBER: ESL

#Gambitesports #TNCPredator #Alliance #ESLOneHamburg #ESLOne #ESLHamburg #Dota2News #ESL #SEADota

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info terkiniΒ Dota 2Β dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you