Home GAMING | ESUKAN Dota 2 TNC Predator kembali menyengat, Juara ESL One Thailand

TNC Predator kembali menyengat, Juara ESL One Thailand

198
TNC Predator ESL One Thailand
TNC Predator Juara ESL One Thailand. Foto ESL One

[#Dota2] Organisasi esukan Dota 2 gergasi rantau SEA, TNC Predator bukti masih berbisa juarai kejohanan ESL One Thailand 2020 tumbangkan Boom Esports 3-2.

TNC Predator ESL One Thailand
TNC Predator Juara ESL One Thailand. Foto ESL One

TNC Predator sejak memulakan tahun 2020 di posisi yang agak teruk dimana mereka tidak menjuarai satu pun kejohanan yang dianjurkan di rantau SEA. Kedatangan pandemik Covid-19 kelihatan seperti memburukkan lagi keadaan dan prestasi mereka dimana hanya sekali sahaja mereka jejak kaki ke pusingan akhir.

Walau bagaimana pun, TNC Predator tidak menukar roster pasukan dimana mereka kekal dengan pemain yang ada mengharungi seluruh kejohanan. Pasukan gergasi esukan Filipina ini berjaya jejak kaki ke pusingan akhir di kejohanan BTS Pro Series musim pertama april lalu namun tumbang di tangan FNATIC 3-0.

TNC Predator habiskan peringkat kumpulan ESL One Thailand di tempat pertama dimana melalui keseluruhan Upper Bracket untuk jejak ke pentas akhir. Boom Esports pula tumbang di tangan TNC Predator di peringkat Upper Bracket final 2-0 sebelum cubaan untuk membalas dendam di pentas akhir kalah kan FNATIC 2-1 di Lower Bracket Final.

Boom Esports berjaya memenagi perlawanan pembukaan dimana prestasi mantap Randy Sapoetra aka Dreamocel sebagai Terrorblade benam TNC Predator. Dominasi mantap Gabbi dan Armel di perlawanan kedua dan ketiga kembali memberikan momentum kepada pasukan Filipina itu namun pasukan Indonesia itu berjaya kembali di perlawanan ke 4.

TNC Predator kembali memberikan tentangan mantap di perlawanan kelima dan juga terakhir dengan mata 30-12 dengan permainan mantap Armel sebagai Magnus.

TNC Predator kembali buktikan mereka masih lagi relevan di patch baru dengan menjuarai ESL One Thailand tumbangkan Boom Esports 3-2. Bawa pulang lebih RM 200,000 manakal Boom Esports bawa pulang lebih RM 100,000 di tempat kedua.

Sumber: ESL One Thailand

#TNCPredator #ESLOne #ESL #ESLOneThailand #BoomEsports #BoomID #Armel #Kpii #Gabbi #March #Tims

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content menarik!