[#DOTA2] Pemain Austria, Tobias “Tobi” Buchner bertindak keluar daripada pasukannya, Vikin.GG yang mahu mengekalkan khidmat Maurice “Khezu” Gutmann.
Tobi yang merupakan pemain jalur offlane telah bersama Vikin.GG sejak daripada mulanya penubuhan pasukan itu lagi iaitu pada November 2019.
Antara pencapaian terbaik yang diperolehi beliau bersama pasukan tersebut termasuklah menjuarai kejohanan DOTA Summit 13 Eropah dan juga BTS Pro Series 3 Eropah pada suku ke-4 tahun lalu.
Today we announce we part ways with @TobiDotes.
We’d like to thank you for your contribution this past year and wish you nothing but the very best in the future. Good luck as you go forward. pic.twitter.com/MErYXE9l1J
— Vikin.gg (@GGVikin) February 25, 2021
Beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Vikin.GG berkemungkinan adalah disebabkan kemasukan Khezu.
Khezu telah mengambil tempat beliau sebagai pemain gantian di penghujung saingan Liga Div 1 DPC Eropah ketika mereka dalam misi untuk kekal dalam liga utama tersebut.
For our series against OG tomorrow, @KheZu will be playing as a standin for the squad!
Give us your energy! 🔥#AsATeam
— Vikin.gg (@GGVikin) February 12, 2021
Namun semuanya tidak menjadi dengan Vikin.GG tersingkir ke Div 2 pada musim hadapan bersama-sama pasukan High Coast Esports.
Beliau mungkin juga sedar tempat beliau sebagai pemain utama di jalur offlane semakin goyah dan terus mengambil keputusan untuk berhijrah keluar.
Beberapa pasukan Eropah sudah mula mengintai beliau dan ada antaranya merupakan pasukan yang bakal naik ke liga utama DPC Eropah pada musim akan datang.
Sumber: Vikin.GG
#VikinGG #Tobi #Khezu
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!