GAMING | ESUKAN Mobile Legends Todak dan Orange Esports tersingkir dari saingan MSC 2022.

Todak dan Orange Esports tersingkir dari saingan MSC 2022.

-

[#MLBB] Orange Esports dan Todak ucap selamat tinggal kepada saingan MSC 2022 selepas kedua-dua pasukan tumpas di peringkat lower bracket semalam.

Orange Esports dan Todak ucap selamat tinggal kepada saingan MSC 2022 selepas kedua-dua pasukan tumpas di peringkat lower bracket semalam.
Orange Esports dan Todak ucap selamat tinggal kepada saingan MSC 2022 selepas kedua-dua pasukan tumpas di peringkat lower bracket semalam.

Juara MPL MY musim ke-9 itu tewas mengejut 1-3 di tangan pasukan baru, Falcon Esports dalam perlawanan yang boleh dikatakan didominasi oleh skuad Myanmar itu.

Ketinggalan 0-2 selepas tunduk dalam 2 permainan pertama tidak melunturkan semangat wakil negara itu apabila mereka berjaya kembali merapatkan jurang kepada 1-2 dengan kemenangan di permainan yang ketiga.

Hasrat pasukan Todak untuk menyamakan kedudukan dalam permainan yang seterusnya tidak kesampaian dan Falcon Esports hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk mematikan terus impian mereka untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok pasukan 4 yang terbaik.

Dalam perlawanan berikutnya, Orange Esports turun ke arena dalam misi mebawa harapan terakhir peminat tempatan.

Bertemu dengan juara bertahan sememangnya bukan tugas yang mudah bagi mereka tetapi skuad kendalian Pabz tidak gentar dengan cabaran tersebut.

Bermain dalam format best of 5, Orange Esports mendahului siri perlawanan 2-1 selepas 3 permainan namun segala-galanya serba tidak menjadi selepas itu.

Pasukan Smart Omega berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2 selepas memenangi perlawanan ke-4 dalam masa 14 minit menerusi kombo cantik 3 tanker Franco, Akai dan Uranus.

Orange Esports cuba untuk bangkit dalam perlawanan penentuan namun sekali lagi pasukan dari Filipina itu meneruskan dominasi mereka di peta Land of Dawn dengan gabungan Esmeralda dan Khufra.

Akhirnya mereka terpaksa akur tumpas 2-3 sekali gus ditunjukkan jalan keluar dari kejohanan MSC 2022 dan menamatkan saingan wakil negara.

Sumber: ML ESPORTS

#Todak #Orange #MSC2022

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you