GAMING | ESUKAN Mobile Legends Todak dimalukan Omega Gaming dalam perlawanan pembukaan M2.

Todak dimalukan Omega Gaming dalam perlawanan pembukaan M2.

-

[#MLBB] Pasukan Todak dimalukan Omega Gaming 0-2 di perlawanan pembukaan kejohanan dunia M2 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pasukan Todak dimalukan Omega Gaming 0-2 di perlawanan pembukaan kejohanan dunia M2
Pasukan Todak dimalukan Omega Gaming 0-2 di perlawanan pembukaan kejohanan dunia M2.

Dari atas kertas kedua-dua pasukan diramalkan akan memberikan saingan yang sengit dan seimbang.

Namun dalam permainan pertama best of 3 tersebut, Omega Gaming bertindak agresif dengan menguasai peta dengan cukup baik dan memenangi perlawanan dalam masa 11 minit sahaja.

Pujian harus diberikan kepada pemain tanker, Heath yang bermain Jawhead kerana berjaya mengekalkan KDA bersih tanpa sebarang kematian.

Permainan kedua bermula dengan Todak terlebih dahulu mendahului dari segi gold dan exp tetapi satu kesilapan telah membawa padah.

Dalam misi mereka mendapatkan Lord, kesilapan posisi Moon telah menyebabkan beliau mati dengan mudah dan memberi kesan kepada rakan sepasukannya.

Bermula dari situ, tugas Omega Gaming semakin mudah untuk mendapatkan beberapa turret dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan dalam masa 23 minit.

Peluang Todak dalam saingan M2 belum lagi berakhir kerana mereka akan kembali ke gelanggang Land of Dawn untuk bertemu dengan Impunity KH bagi menentukan nasib mereka selepas ini.

Sumber: ML Esports

#TodakLanggar #OmegaGaming #M2 #JoinTheFight

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

LOL: Wild Rift Icon Series: 8 pasukan dari Malaysia telah diketahui.

[#LOLWildRift] 8 pasukan dari Malaysia akan bertarung dalam kejohanan pra-musim LOL: Wild Rift Icon Series Asia Tenggara yang akan bermula 26 Februari ini.

IEM Katowice 2021 telah memasuki fasa kalah mati.

[#CSGO] Kejohanan Major IEM Katowice 2021 telah memasuki peringkat playoff yang akan bermula Jumaat ini menampilkan 6 pasukan CSGO terbaik dunia.

Fredo, Jumper antara penambahan terbaru dalam skuad Team Secret.

[#PUBGM] Ahmad Fuad “Fredo” Razali dan Muhammad Izzrudin “Jumper” Hashim ialah antara pemain terbaru yang bakal menghiasi Team Secret MY bagi tahun 2021.

IEM Katowice 2021: Astralis dan Team Spirit layak ke playoff.

[#CSGO] Astralis dan Team Spirit telah melayakkan diri ke peringkat Playoff kejohanan Intel Extreme Masters (IEM) Katowice 2021.

Netflix telah muatnaik video acah rasmi DOTA 2: Dragon’s Blood.

[#DOTA2] Netflix telah memuatnaik video acah rasmi siri animasi DOTA 2: Dragon’s Blood awal pagi tadi di saluran Youtube mereka.

Akhirnya skuad LOL Wild Rift Team Secret sudah lengkap.

[#LOLWildRift] Hujung minggu lalu, Team Secret telah melengkapkan senarai penuh pemain skuad League of Legends: Wild Rift pertama mereka.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you