[#MLBB] Organisasi e-sukan tempatan, TODAK bakal menanjurkan satu liga akar umbi diberi nama TODAK League yang dijangka bermula pada bulan hadapan.
Pengumuman itu dibuat di laman facebook rasmi mereka sebentar sahaja tadi.
[TODAK MEMBAWAKAN ANDA TODAK LEAGUE]
TODAK LEAGUE merupakan satu pertandingan E-Sukan yang diberikan fokus kepada…
Posted by Todak on Thursday, 18 March 2021
Antara permainan yang bakal dipertandingkan adalah Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile.
Dua permainan itu dipilih selepas melihat bagaimana perkembangan arena professional tempatan yang kini dihujani dengan pemain-pemain amatur yang berbakat besar.
Kejohanan yang bakal bermula dari bulan April hingga ke Jun itu menawarakan hadiah terkumpul berjumlah kira-kira RM300,000 MYR untuk dimenangi.
Tarikh pendaftaran baAkal diumumkan kelak dan anda boleh terus ke laman Facebook rasmi TODAK untuk mendapat informasi terkini mengenai kejohanan tersebut.
Sumber: TODAK
#TodakLanggar #TodakLeague
Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!