Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Topson sudah bersedia untuk mencari pasukan yang baru.

Topson sudah bersedia untuk mencari pasukan yang baru.

32

[#DOTA2] OG dedahkan bahawa Topias Taavitsainen (Topson) akan kembali ke kancah kompetitif DOTA 2 semula dengan sebuah pasukan yang baru.

Juara dunia The International dua kali, Topias Taavitsainen (Topson) akan kembali ke kancah kompetitif DOTA 2 semula dengan sebuah pasukan yang baru.
OG dedahkan bahawa Topias Taavitsainen (Topson) akan kembali ke kancah kompetitif DOTA 2 semula dengan sebuah pasukan yang baru.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif OG iaitu Juan M. R. Luna menerusi satu video montaj yang dimuatnaik di Youtube rasmi mereka.

Video yang berdurasi 15 minit itu menayangkan sisi kehidupan Topson yang kini bermastautin di Malaysia bersama keluarganya yang tercinta.

Juan Luna dalam video tersebut mengucapkan terima kasih kepada pemain lorong tengah itu untuk 5 tahun kariernya bersama OG dan mengharapkan yang terbaik buatnya nanti.

Topson kini dikhabarkan sudah bersedia untuk mencari pasukan yang sesuai untuknya bagi menghadapi saingan kelayakan terbuka kejohanan dunia The International tahun ini yang akan berlangsung di Singapura Oktober nanti.

OG juga tidak menolak kemungkinan bahawa Topson akan kembali ke dakapan mereka selepas sahaja temasya DOTA 2  terbesar dunia itu berakhir nanti.

Sumber: OG

#OG #Topson #DreamOG

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!