[#DOTA2] TSM atau dahulunya dikenali sebagai Team SoloMid telah hadir ke arena profesional DOTA 2 buat kali yang pertama hasil gabungan bersama Team Undying.
Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pasukan tersebut menerusi satu video yang dimuatnaik di laman media sosial mereka.
We’ve arrived @DOTA2 #TSM pic.twitter.com/lMU28aiJFF
— TSM FTX (@TSM) January 25, 2022
TSM bukanlah asing dalam arena e-sukan dunia dengan rekod yang baik sebagai bekas juara dunia League of Legends suatu masa dahulu dan kini mereka mahu menyahut cabaran yang baru.
Team Undying merupakan naib juara saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Amerika Utara yang berakhir tempoh hari boleh dikatakan sebagai pelaburan yang selamat buat mereka.
Kesemua pemain terutama ketua pasukan, David “MoonMeander” Tan menyambut penajaan baharu ini dengan perasaan terbuka di saat mereka sangat memerlukan sebuah organisasi e-sukan yang stabil.
Joined @TSM with the greatest bunch of guys you could ever ask for! 2022 gon be fire 🔥 https://t.co/WfvG8MFWBV
— TSM FTX MoonMeander (@MoonMeanderated) January 25, 2022
Really proud and excited to be part of the new NA era with @TSM
— TSM FTX SabeRLighT- (@jonas_volek) January 25, 2022
TSM akan membuat penampilan sulung mereka dalam saingan DPC di Regional Finals yang akan bermula 18 Februari nanti berdepan dengan 3 lagi pasukan handalan Amerika Utara iaitu Quincy Crew, Evil Geniuses dan 4Zoomers.
Sumber: TSM
#TSMFTX #TSM #TSMWIN #TeamUndying
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!