[Dota2] Captain dan pemain pos 5 Tundra Esports Adrian “Fata” Trinks dilepaskan dari roster aktif pasukan tersebut, umum pasukan itu secara rasmi semalam.
Sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh Tundra Esports dilaman sosial mereka, FATA sendiri telah membuat satu ciapan di laman sosial beliau yang menyatakan beliau telah dilepaskan atau “kicked” dari roster aktif.
I have been kicked from tundra. I go chill
— Adrian (@DotaFata) February 17, 2022
Berikutan ciapan FATA itu sendiri, Tundra Esports mengeluarkan satu ciapan rasmi umum pelepasan Captain pasukan mereka di laman rasmi sosial media mereka.
Thank you for everything @DotaFata 💜 pic.twitter.com/kkB5iMadIN
— Tundra Esports (@TundraEsports) February 17, 2022
Dalam pengumuman itu juga, Tundra Esports mengatakan langkah ini merupakan langkah yang susah untuk mereka lakukan, namun untuk menghadapi DPC Tour 2 akan datang, mereka akan melakukan pertukaran roster pemain.
Tundra Esports juga mengatakan pelepasan ini adalah untuk mendapatkan “chemistry” terbaik untuk pasukan itu di masa akan datang. Ciapan yang bertajuk “Terima Kasih untuk semua FATA” itu juga tanda berterima kasih kerana menjadi pemain yang bertanggungjawab untuk penubuhan roster Dota 2 Tundra Esports.
FATA juga menyatakan sebelum ini wujud satu percubaan untuk melepaskan pemain yang lain untuk memasukkan pemain yang sama yang bakal menggantikan beliau kini namun FATA tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
Dua personaliti Dota 2 iaitu @TeaGuvnor dan juga Kyle (@keepingitKyle) membuat andaian bahawa pemain yang bakal menggantikan FATA merupakan Martin “Saksa” Sazdov yang sebelum ini merupakan pemain pos 4 OG Esports. Namun perkara ini belum diumum secara rasmi oleh pasukan Tundra Esports.
Perkara ini mengejutkan banyak pihak selain dari komuniti Dota 2 itu sendiri kerana prestasi Tundra Esports yang dilihat stabil sejak penubuhan mereka. Tundra Esports juga dilihat antara pasukan terbaik di rantau Eropah.
Walaupun gagal mendapatkan slot The International 10 tempoh hari dimana mereka tumbang dengan bekas juara OG Esports, namun Tundra Esports telah pun mendapat nama yang tinggi di pentas Dota 2 Eropah.
Selain menjuarai pelbagai kejohanan seperti ESL One Fall 2021 dan juga OGA Dota Pit S5 dan mendapat tempat ketiga di DPC WEU 21-22 Tour 1, Tundra Esports jelas masih tidak berpuas hati dan melakukan pertukaran roster.
Roster terkini Tundra Esports kini:
- 1. Oliver “Skiter” Lepko
- 2. Leon “Nine” Kirilin
- 3. Neta “33” Shapira
- 4. Jingjun “Sneyking” Wu
- Kurtis “Aui_2000” Ling (Team Coach)
Adakah Saksa bakal menggantikan FATA, kita tunggu pengumuman rasmi.
#FATA #TundraEsports #DPC #Saksa #OGEsports
Sumber: Tundra Esports
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!