[#Dota] Selepas umum tidak aktif untuk roster Dota 2, kelab esukan CIS, Natus Vincere atau Na’Vi umum pelepasan Ramzes666, RodjER dan juga Mag dari skuad.
Na’Vi antara pasukan yang membuat keputusan drastik selepas cubaan untuk layak ke The International 10 gagal. Natus Vincere tumpas di tangan pasukan Team Empire 2-1 June lalu di Lower Braket pusingan kelayakan Ti10 rantau CIS.
Three players leave NAVI #Dota2 roster. See the details!
📰: https://t.co/sLwqW6Fmb4#navination pic.twitter.com/QuRSsrbJAY
— NAVI (@natusvincere) August 6, 2021
Mengikut laporan, Natus Vincere telah pon umum roster Dota 2 mereka tidak aktif akhir Julai lalu dimana tiada sebarang aktiviti akan dilakukan atau kejohanan Dota 2 yang akan disertai oleh mereka sehingga diberitahu.
Justeru dari itu, kini Ramzes666 – offlaner, RodjER pemain pos 4 dan juga Mag selaku Jurulatih umum keluar dari organisasi itu hari ini.
Ramzes666 dan RodjER kini merupakan Free Agent dan kini sedang mencari pasukan yang aktif untuk kembali ke pentas profesional.
Menurut COO Natus Vincere Aleksey “xaoc” Kucherov,
setelah pengumuman penjarakkan tarikh TI10 berlangsung ke bulan Oktober, kami kini mempunyai masa yang lebih banyak untuk merancang dan melihat pelbagai pilihan yang kami ada sebelum memperbaharui roster Dota 2 Na’Vi
Roster terkini yang masih bersama Na’Vi ialah
- Vladimir “No[o]ne” Minenko (inactive)
- Alik “V-Tune” Vorobey (inactive)
- Sergii “AnahRoniX” Bykovskyi (manager)
Siapakah yang akan Na’Vi petik untuk musim depan?
Sumber: Natus Vincere
#NatusVincere #NaVi #Ramzes666 #RodjER #MAG #Navination #ObsessedWE
Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!