Movie Buff Valve bekerjasama dengan Netflix menghasilkan siri animasi DOTA 2:...

Valve bekerjasama dengan Netflix menghasilkan siri animasi DOTA 2: Dragon’s Blood.

-

[#DOTA2] Syarikat pengeluar permainan, Valve telah bekerjasama dengan Netflix untuk menghasilkan sebuah siri animasi permainan, DOTA 2: Dragon’s Blood.

Valve telah bekerjasama dengan Netflix untuk menghasilkan sebuah siri animasi permainan, DOTA 2: Dragon’s Blood.
Valve telah bekerjasama dengan Netflix untuk menghasilkan sebuah siri animasi permainan, DOTA 2: Dragon’s Blood.

Perkara ini diumumkan dalam satu ciapan di laman Twitter yang disertakan sekali dengan poster promosinya.

Animasi aksi ini telah mendapat sentuhan penerbit filem terkenal, Ashley Edward Miller yang juga penerbit kepada filem X-Men: First Class, Thor dan juga Black Sails.

Karya bercorak ala animasi Jepun ini juga diterbitkan dari studio yang sama menghasilkan The Legend of Korra dan juga Voltron: Legendary Defender iaitu Studio MIR.

Video pengenalan berdurasi 1 minit telah ditayangkan pada jam 8 pagi tadi di laman Youtube rasmi mereka telah mencecah lebih kurang 420 ribu penonton dalam masa 4 jam.

DOTA 2: Dragon’s Blood ini berkisarkan mengenai perjalanan seorang pengembara bernama Davion yang dalam misi memburu naga legenda sebelum dipertemukan dengan Mirana.

Apakah kesudahan misi Davion dan mengapa Mirana bertemu beliau akan terjawab di aplikasi Netflix pada 25 Mac nanti.

Sumber: NX on Netflix

#Netflix #Dota2DragonsBlood

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Tundra Esports lepaskan FATA, diganti SAKSA?

Captain dan pemain pos 5 Tundra Esports Adrian "Fata" Trinks dilepaskan dari roster aktif pasukan tersebut, umum pasukan itu secara rasmi semalam.

Leslao dan Supream berpisah dengan Alliance.

[#DOTA2] Pasukan Alliance semakin tertekan dalam persiapan menghadapi cabaran DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Divisyen 2 Eropah Barat apabila Ondrej “Supream” Starha dan Rodrigo “Leslao” Santos meninggalkan pasukan.

CEO Team Secret tidak berminat untuk melabur dalam Mobile Legends.

[#ESUKAN] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Team Secret, John Yao menjelaskan bahawa organisasi tersebut masih belum berminat melabur dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Complexity dan FaZe Clan umum pasukan Valorant terbaru.

[#VALORANT] Dua organisasi e-sukan gergasi Amerika Utara, Complexity dan FaZe Clan umum skuad Valorant terbaru mereka untuk musim ini.

TSM teroka pasaran DOTA 2 bersama Team Undying.

[#DOTA2] TSM atau dahulunya dikenali sebagai Team SoloMid telah hadir ke arena profesional DOTA 2 buat kali yang pertama hasil gabungan bersama Team Undying.

Kerajaan Arab Saudi beli aset ESL Gaming bernilai $1.05 billion USD.

[#ESUKAN] Syarikat permainan, MTG telah bersetuju untuk menjual 100% aset ESL Gaming kepada Savvy Gaming Group yang telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you